# Selaraskan kalendar dengan Outlook di komputer

> Import fail ICS ke kalendar Office Niaga Mail, atau paparkan kalendar Office Niaga dalam Outlook di komputer.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/calendar-outlook/

Cara ini untuk **Outlook di komputer** sahaja.

## Import fail ICS ke Office Niaga Mail

1. [Log masuk ke webmail](/log-in/) dan buka tab **Calendar**.
2. Klik ikon tiga titik (**...**), kemudian **Import ICS File**.

   *(Screenshot: Import ICS File)*

3. Pilih fail ICS dan klik **OK**. Acara daripada fail itu akan muncul dalam kalendar anda.

## Paparkan kalendar Office Niaga dalam Outlook

1. Di tab **Calendar** dalam webmail, klik ikon tiga titik (**...**), kemudian **Add To Outlook**.

   *(Screenshot: Add To Outlook)*

2. Masukkan **Outlook Display Name** untuk rujukan anda, kemudian klik **OK**.

   *(Screenshot: Outlook Display Name)*

3. Browser akan bertanya **Open Outlook?**. Klik **Open Outlook**.
4. Dalam Outlook, klik **Yes** untuk **Connect this SharePoint Calendar to Outlook**.

   *(Screenshot: Sambung kalendar ke Outlook)*

Kalendar Office Niaga kini dipaparkan dalam Outlook anda.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Common issues

### Boleh buat cara ini di aplikasi Outlook telefon?

Tidak. Cara ini hanya untuk Outlook di komputer. Untuk telefon, lihat Selaraskan kalendar dengan iPhone dan Android (/calendar-mobile/).
