# Tukar atau reset password

> Tukar kata laluan e-mel anda sendiri, atau sebagai admin domain, reset password pengguna lain.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/change-password/

Anda boleh menukar kata laluan anda sendiri pada bila-bila masa. Jika anda admin domain, anda juga boleh reset password pengguna lain dalam syarikat anda.

## Tukar kata laluan anda sendiri

1. [Log masuk ke webmail](/log-in/).
2. Klik **Settings**.

3. Klik **Change Password**.

   *(Screenshot: Menu Settings dan butang Change Password)*

4. Masukkan **Old Password**, **New Password** dan **Confirm Password**, kemudian klik **Save**.

   *(Screenshot: Borang tukar kata laluan)*

> **Note**
> Sebagai langkah keselamatan, anda mungkin diminta menukar kata laluan sekali lagi semasa log masuk seterusnya. Lihat **Common issues** di bawah.

## Reset password pengguna lain (admin domain)

Anda perlu log masuk dengan akaun admin domain.

1. Di menu atas, klik ikon **Domain Settings**.

2. Klik nama pengguna yang kata laluannya ingin anda reset.

   *(Screenshot: Domain Settings dan senarai pengguna)*

3. Klik ikon tiga titik, kemudian klik **Change Password**.

   *(Screenshot: Menu tiga titik dengan Change Password)*

4. Masukkan kata laluan baharu, kemudian klik **Save**. Simpan kata laluan baharu di tempat yang selamat dan berikan kepada pengguna.

   *(Screenshot: Borang kata laluan baharu)*

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Common issues

### Kata laluan baharu saya tidak diterima.

Kata laluan mesti memenuhi kriteria yang dipaparkan di skrin. Kata laluan juga sensitif kepada huruf besar, huruf kecil dan ruang (space).

### Saya diminta tukar kata laluan sekali lagi selepas log masuk.

Ini langkah keselamatan. Masukkan kata laluan sementara di ruangan Old Password, kemudian masukkan New Password dan Confirm Password, dan klik OK.

### Selepas tukar kata laluan, telefon atau Outlook tidak boleh terima e-mel.

Aplikasi e-mel anda masih menyimpan kata laluan lama. Kemas kini kata laluan di setiap aplikasi yang anda guna - telefon, Outlook atau Thunderbird.
