Cara Sync Kalendar SmarterMail Dengan IOS

Untuk sync kalendar email SmarterMail dengan telefon (IOS), Tuan/Puan boleh cuba rujuk langkah-langkah berikut.

1. Buka aplikasi Setting dengan klikkan pada ikon Setting.

 

2. Klik pada Account & Password.

 

3. Klikkan pada Add Account untuk proses berikutnya.

 

4. Klik pada tab Other.

 

5. Pada bahagian Calendar, klik pada tab Add CalDAV Account.

 

6. Isikan bahagian Server, Username, Password, dan Description seperti berikut:

  • Server: https://mail.aplikasiniaga.com
  • Username: contoh@aplikasiniaga.com (Perlu masukkan nama emel yang Tuan/Puan ingin synckan).
  • Password: contoh123 (Perlu masukkan Password bagi emel yang Tuan/Puan ingin synckan).
  • Description: (Boleh masukkan notes ringkas yang Tuan/Puan inginkan)

7. Kemudian klik pada butang Next. Kemudian biarkan IOS buat pengesahan terlebih dahulu untuk sync kan kalendar SmarterMail dan juga kalendar dari telefon (IOS) Tuan/Puan.

 

8. Kemudian enablekan Calendar dan Reminder dan klik pada butang Save.

 

Apabila ke semua proses di atas ini sudah berjaya, Tuan/Puan boleh cuba membuat semakan di bahagian kalendar telefon (IOS) untuk memastikan ia sudah dikemaskini dan sync dengan kalendar SmarterMail.