Signature emel adalah satu blok teks yang ditambahkan secara automatik di bahagian bawah mesej emel. Signature mungkin mengandungi nama, alamat, nombor telefon, penafian, atau maklumat hubungan lain yang dihantar oleh pengirim.

Selain itu, SmarterMail membolehkan pengguna untuk membuat tandatangan dalam format HTML yang boleh termasuk teks, pautan, imej, dan lain-lain. Contohnya, Signature boleh mengandungi logo syarikat dan tagline, imej yang menghubungkan ke akaun media sosial peribadi atau perniagaan, serta pautan ke property lain, seperti help-desk company atau interface pengurusan.

Cara menambah signature adalah sperti berikut:

Klik di bahagian “Setting”

Klik “Signature”

Kemudian, klik “New Signature” untuk menambah signature baru

Di paparan di bawah,

  1. Namakan title bagi signature anda
  2. Klik simbol tambah untuk masukkan maklumat-maklumat seperti email variables, gambar, video, link dan lain-lain
  3. Masukkan signature yang ingin dipaparkan
  4. Klik “Save” untuk simpan