# Tapis e-mel spam

> Tetapkan apa berlaku kepada e-mel spam - padam, pindah ke Junk Email, atau tanda subjek - untuk akaun anda atau seluruh domain.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/filter-spam/

Anda boleh menapis spam di dua tahap:

- **Domain Settings** - untuk semua e-mel dalam domain, contohnya semua alamat `@syarikatanda.com`. Hanya admin domain.
- **Settings** - untuk satu akaun sahaja, contohnya `admin@syarikatanda.com`.

## Tetapkan penapis spam untuk akaun anda

1. [Log masuk ke webmail](/log-in/). Klik **Settings**, kemudian **Spam Filtering**, dan hidupkan **Override spam settings**.

   *(Screenshot: Spam Filtering)*

2. Klik kad tahap spam yang ingin anda ubah: **Low Probability of Being Spam**, **Medium Probability of Being Spam** atau **High Probability of Being Spam**.
3. Dalam kotak dialog, pilih **Action**:
   - **Delete Message** - padam terus
   - **Move to Junk Email Folder** - pindah ke folder Junk Email
   - **Add Text to Subject** - tambah teks pada subjek. Masukkan teks itu di ruangan **Text to Add**.

   *(Screenshot: Pilihan tindakan spam)*

4. Klik **OK**, kemudian klik **Save**. Ulang langkah 2 hingga 4 untuk tahap spam yang lain.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Common issues

### E-mel penting masuk ke folder Junk Email.

Masukkan alamat atau domain pengirim itu ke senarai whitelist supaya e-melnya sentiasa masuk ke peti masuk - lihat Whitelist pengirim dan domain (/whitelist/).

### Pilihan mana yang paling selamat?

Move to Junk Email Folder. E-mel spam diasingkan tetapi tidak dipadam, jadi anda masih boleh menyemak jika ada e-mel penting tersalah tapis.
