# Import kenalan ke Office Niaga Mail

> Import senarai kenalan daripada fail CSV atau vCard ke buku alamat Office Niaga Mail.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/import-contacts/

Anda boleh mengimport kenalan daripada fail CSV atau vCard ke buku alamat Office Niaga Mail melalui **Contacts** dalam webmail.

1. [Log masuk ke webmail](/log-in/) dan buka **Contacts**.
2. Klik ikon tiga titik (**...**), kemudian **Import**.

   *(Screenshot: Menu Import)*

3. Pilih fail kenalan dalam format **CSV** atau **vCard**, kemudian klik **Import**.

   *(Screenshot: Pilih fail)*

4. Semak **Mapped Fields** jika perlu. Untuk tetapan biasa, terus klik **Next**.

   *(Screenshot: Mapped Fields)*

5. Bilangan kenalan yang berjaya diimport akan dipaparkan. Klik **Close**.

   *(Screenshot: Hasil import)*

Kenalan anda kini ada dalam **Contacts**.

*(Screenshot: Senarai kenalan)*

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Common issues

### Di mana saya boleh mendapatkan fail kenalan dari Gmail?

Di Google Contacts, pilih Export dan simpan sebagai vCard atau Google CSV, kemudian import fail itu di sini.

### Nama dan nombor telefon masuk ke ruangan yang salah.

Semasa import, betulkan Mapped Fields supaya setiap lajur fail anda dipadankan dengan ruangan yang betul, sebelum klik Next.
