# Log masuk ke webmail

> Log masuk ke Office Niaga Mail di mail.officeniaga.com dengan alamat e-mel penuh dan kata laluan anda.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/log-in/

Log masuk ke Office Niaga Mail melalui browser di **mail.officeniaga.com**. Anda perlukan alamat e-mel penuh dan kata laluan.

## Langkah log masuk

1. Buka [mail.officeniaga.com](https://mail.officeniaga.com) di browser.
2. Di ruangan **Email Address**, masukkan alamat e-mel penuh anda, contohnya `nama@syarikatanda.com`.
3. Masukkan **Password**.
4. Klik **Login**.

*(Screenshot: Skrin log masuk Office Niaga Mail)*

Selepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard utama e-mel.

*(Screenshot: Dashboard utama webmail)*

## Pilihan Remember Me

Hidupkan **Remember Me** hanya di komputer anda sendiri. Jangan hidupkannya di komputer awam atau komputer yang dikongsi dengan orang lain.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Common issues

### Saya terlupa kata laluan. Apakah yang perlu saya lakukan?

Klik Forgot your password? di skrin log masuk. Jika tidak berjaya, minta admin domain syarikat anda reset password anda - lihat Tukar atau reset password (/change-password/).

### Log masuk tidak berjaya dalam mod incognito atau private.

Webmail tidak menyokong browser dalam mod incognito atau private. Buka tetingkap browser biasa dan cuba lagi.

### Panduan lama menyebut mail.aplikasibisnes.com. Masih boleh guna?

Tidak. Alamat itu sudah tidak digunakan. Log masuk di mail.officeniaga.com.
