# Cipta alias atau mailing list

> Sebagai admin domain, cipta alias seperti sales@ untuk peti mel sedia ada, atau mailing list untuk menghantar e-mel kepada ramai penerima.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/alias-mailing-list/

Kedua-dua fungsi ini memerlukan akaun **admin domain**.

- **Alias** - alamat tambahan, contohnya `sales@syarikatanda.com`, yang dihantar ke satu atau lebih peti mel sedia ada.
- **Mailing list** - satu alamat untuk menghantar e-mel kepada senarai pelanggan (subscribers).

## Cipta alias

Peti mel yang akan menerima e-mel untuk alias ini mesti sudah wujud, jadi cipta peti mel itu dahulu jika perlu.

1. [Log masuk ke webmail](/ms/log-in/) dengan akaun admin, kemudian klik **Domain Settings**.

   *(Screenshot: Ikon Domain Settings)*

2. Klik **Accounts**. Di bahagian atas, klik kotak **Aliases** (kotak ini menunjukkan jumlah alias anda), kemudian klik **New**.

   *(Screenshot: Accounts, Aliases dan New)*

3. Isikan:
   - **Name**: bahagian sebelum @. Untuk `sales@syarikatanda.com`, taip `sales`.
   - **Display Name** (tidak wajib): nama yang orang lain nampak, contohnya `Sales`.
   - **Email Addresses (one per line)**: peti mel yang akan menerima e-mel yang dihantar ke alias ini.

   *(Screenshot: Borang alias dengan Name dan Email Addresses)*

4. On-kan **Alias can be used as from address in webmail** jika penerima perlu menghantar atau membalas e-mel sebagai alamat alias itu. Klik **Save**.

   *(Screenshot: Suis Alias can be used as from address in webmail dan butang Save)*

## Cipta mailing list

> **Note**
> **Mailing Lists** hanya dipaparkan dalam **Domain Settings** jika fungsi mailing list sudah di-on-kan untuk domain anda. Jika anda tidak nampak menu ini, hubungi pasukan sokongan Office Niaga melalui WhatsApp untuk on-kan fungsi ini.

1. Klik **Domain Settings**, kemudian **Accounts**. Di bahagian atas, klik kotak **Mailing Lists**, kemudian klik **New**.

   *(Screenshot: Accounts, kotak Mailing Lists dan butang New)*

2. Dalam **List Address**, taip bahagian sebelum @ sahaja, tanpa ruang. Untuk `berita@syarikatanda.com`, taip `berita`. Biarkan **List Administrator** seperti sedia ada, kemudian klik **Save**. Mailing list baru itu dibuka pada tab **Options**.

   *(Screenshot: Borang Mailing List dengan List Address dan butang Save)*

3. Pada tab **Options**, semak tetapan mailing list. Tetapan yang biasanya ditukar ialah **Description** (klik ikon pensel), **Allowed Posters** (siapa yang boleh menghantar e-mel ke mailing list itu; default ialah **List Administrators Only**) dan **Subject Prefix** (teks yang ditambah pada awal setiap subjek, contohnya `[Berita]`). Jika anda menukar apa-apa, klik **Save**.

   *(Screenshot: Tab Options dengan Description, Allowed Posters dan Subject Prefix)*

4. Klik kotak **Subscribers**, kemudian klik **New**.

   *(Screenshot: Kotak Subscribers dan butang New)*

5. Dalam **Email Addresses (one per line)**, masukkan alamat setiap pelanggan pada baris sendiri, kemudian klik **Save**. Pelanggan itu kini dipaparkan dalam senarai.

   *(Screenshot: Senarai pelanggan dengan dua alamat e-mel)*

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Apa beza alias dan pengguna baru?

Alias ialah alamat tambahan tanpa peti mel sendiri - e-melnya dihantar ke peti mel yang sedia ada, jadi ia tidak menggunakan kuota pengguna dalam pakej anda. Pengguna baru mempunyai peti mel dan password sendiri.

### Nama mailing list saya tidak diterima.

Dalam List Address, taip bahagian sebelum @ sahaja (contohnya berita, bukan berita@syarikatanda.com), tanpa ruang (space).
