# Sediakan e-mel di telefon Android

> Tambah akaun Office Niaga Mail ke telefon Android menggunakan IMAP melalui aplikasi Gmail.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/android/

Cara paling mudah di Android ialah melalui aplikasi **Gmail** yang sudah ada di kebanyakan telefon. E-mel Office Niaga anda akan dipaparkan dalam Gmail bersama akaun lain.

## Langkah

Sediakan alamat e-mel penuh dan password anda. Anda hanya perlu menaip nama server, `mail.officeniaga.com`, kerana aplikasi Gmail menetapkan port untuk anda.

1. Buka aplikasi Gmail, klik gambar profil anda, kemudian klik **Add another account**. Jika anda membuka Gmail buat kali pertama, klik **Add an email address**. Kemudian pilih **Other**.

   *(Screenshot: Pilih Other dalam aplikasi Gmail)*

2. Masukkan alamat e-mel penuh anda, kemudian klik **MANUAL SETUP**.

   *(Screenshot: Masukkan alamat e-mel)*

3. Pilih **Personal (IMAP)**.

   *(Screenshot: Personal (IMAP))*

4. Masukkan password anda, kemudian klik **NEXT**.

   *(Screenshot: Password)*

5. Di **Incoming server settings**, semak sama ada **Username** ialah alamat e-mel penuh anda dan **Password** betul. Masukkan `mail.officeniaga.com` di ruangan **Server**.

   *(Screenshot: Tetapan server masuk)*

   Aplikasi Gmail memilih port dan SSL secara automatik, jadi skrin ini tidak menunjukkan ruangan port. Jika anda menggunakan aplikasi e-mel lain yang meminta port, lihat [Tetapan server e-mel](/ms/server-settings/).

6. Di **Outgoing server settings**, pastikan **Require signin** di-on-kan, kemudian masukkan `mail.officeniaga.com` di ruangan **SMTP server**.

   *(Screenshot: Tetapan server keluar)*

7. Pilih **Account options** yang anda mahu, contohnya kekerapan penyelarasan, pemberitahuan, penyelarasan e-mel dan muat turun lampiran.

   *(Screenshot: Account options)*

8. Masukkan nama anda di ruangan **Your name**. Penerima melihat nama ini pada e-mel yang anda hantar.

   *(Screenshot: Nama yang dipaparkan)*

9. Semak sama ada akaun anda dipaparkan dalam senarai akaun Gmail, dengan nama dan alamat e-mel anda.

   *(Screenshot: Akaun baru dalam senarai akaun Gmail)*

> **Note**
> Anda juga boleh menambah akaun melalui **Settings** > **Accounts** > **Add account** di telefon. Skrin selepas itu hampir sama dengan langkah di atas.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Telefon saya tiada pilihan "Personal (IMAP)".

Dalam aplikasi Gmail, pilih Other, masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik MANUAL SETUP. Pilihan Personal (IMAP) dipaparkan selepas itu. Dalam aplikasi Samsung Email, pilih Other dan tetapan manual. Maklumat server tetap sama - lihat Tetapan server e-mel (/ms/server-settings/).

### E-mel boleh diterima tetapi tidak boleh dihantar.

Aplikasi Gmail memilih port server keluar secara automatik. Semak sama ada SMTP server ialah mail.officeniaga.com dan Require signin di-on-kan. Dalam aplikasi e-mel lain, gunakan port 465 dengan SSL/TLS, kerana port 587 tidak dibuka di server kami.
