# Selaraskan kalendar dengan iPhone & Android

> Paparkan kalendar Office Niaga Mail di aplikasi kalendar telefon menggunakan CalDAV.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/calendar-mobile/

Kalendar Office Niaga Mail boleh dipaparkan dalam aplikasi kalendar telefon anda, dan perubahan di kedua-dua tempat akan diselaraskan.

## iPhone & iPad

Anda menambah kalendar sebagai akaun CalDAV, menggunakan alamat e-mel penuh dan password e-mel anda.

1. Buka **Settings**, kemudian **Calendar**, **Accounts**, **Add Account**. Pada iOS 18 dan ke atas, pergi ke **Settings**, **Apps**, **Calendar**, **Calendar Accounts**, **Add Account**.

   *(Screenshot: Add Account)*

2. Pilih **Other**, kemudian **Add CalDAV Account**.

   *(Screenshot: Add CalDAV Account)*

3. Isikan:
   - **Server**: `mail.officeniaga.com`
   - **User Name**: alamat e-mel penuh anda
   - **Password**: password e-mel anda
   - **Description**: nama untuk rujukan anda, contohnya *Kalendar pejabat*
4. Klik **Next** dan tunggu iPhone mengesahkan akaun.

   *(Screenshot: Pengesahan CalDAV)*

5. On-kan **Calendars** dan **Reminders**, kemudian klik **Save**.

   *(Screenshot: On-kan Calendars dan Reminders)*

## Android

Android tidak menyokong CalDAV secara terus. Anda memerlukan aplikasi penyelarasan. Kami menggunakan **DAVx⁵**, yang boleh anda dapatkan dari Google Play atau secara percuma dari F-Droid. Semasa anda membukanya buat kali pertama, aplikasi ini memaparkan beberapa skrin tetapan (kebenaran dan selang penyelarasan). Terima tetapan default.

1. Pasang aplikasi, bukanya, kemudian klik **Add account**.

   *(Screenshot: Skrin utama DAVx⁵, dengan butang Add account ditanda)*

2. Pilih **Login with URL and user name**, kemudian klik **Continue**. Kemudian isikan:
   - **Base URL**: `https://mail.officeniaga.com/webdav/cal`
   - **User name**: alamat e-mel penuh anda
   - **Password**: password e-mel anda

   Klik **Login**.

   *(Screenshot: Skrin Add account dalam DAVx⁵, dengan pilihan Login with URL and user name dan butang Continue ditanda)*

   *(Screenshot: Borang log masuk dalam DAVx⁵, dengan Base URL, User name dan Password sudah diisi, dan butang Login ditanda)*

3. DAVx⁵ memaparkan nama akaun (alamat e-mel anda). Klik **Finish**.

   *(Screenshot: Skrin nama akaun dalam DAVx⁵, dengan butang Finish ditanda)*

4. Akaun itu dibuka. Pada tab **CalDAV**, on-kan suis **Calendar**, kemudian klik **Synchronize now**.

   *(Screenshot: Tab CalDAV untuk akaun baru, dengan suis Calendar sudah on dan butang Synchronize now ditanda)*

Kalendar Office Niaga akan dipaparkan dalam aplikasi kalendar biasa di telefon anda.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Android tiada pilihan untuk tambah kalendar CalDAV.

Betul, Android tidak menyokong CalDAV secara terus. Anda memerlukan aplikasi seperti DAVx⁵ dari Google Play.

### iPhone memaparkan mesej bahawa akaun CalDAV tidak dapat disahkan.

Pastikan server ialah mail.officeniaga.com dan nama pengguna ialah alamat e-mel penuh. Semak password anda di webmail (/ms/log-in/) dahulu.
