# Tukar atau reset password

> Tukar password e-mel anda sendiri, atau sebagai admin domain, reset password pengguna lain.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/change-password/

Anda boleh menukar password anda sendiri pada bila-bila masa. Jika anda admin domain, anda juga boleh reset password pengguna lain dalam syarikat anda.

## Tukar password anda sendiri

Anda memerlukan password semasa anda. Selepas itu, kemas kini password baru di setiap telefon dan komputer yang mempunyai e-mel anda.

1. [Log masuk ke webmail](/ms/log-in/).
2. Klik **Settings**.

3. Klik **Change Password**.

   *(Screenshot: Menu Settings dan butang Change Password)*

4. Masukkan **Old Password**, **New Password** dan **Confirm Password**, kemudian klik **Save**.

   *(Screenshot: Borang tukar password)*

> **Note**
> Sebagai langkah keselamatan, anda mungkin diminta menukar password sekali lagi semasa log masuk seterusnya. Lihat **Common issues** di bawah.

## Reset password pengguna lain (admin domain)

Anda perlu log masuk dengan akaun admin domain.

1. Di menu atas, klik ikon **Domain Settings**.

2. Klik nama pengguna yang password-nya ingin anda reset.

   *(Screenshot: Domain Settings dan senarai pengguna)*

3. Klik ikon tiga titik, kemudian klik **Change Password**.

   *(Screenshot: Menu tiga titik dengan Change Password)*

4. Masukkan password baru, kemudian klik **Save**. Simpan password baru di tempat yang selamat dan berikan kepada pengguna.

   *(Screenshot: Borang password baru)*

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Password baru saya tidak diterima.

Password mesti memenuhi kriteria yang dipaparkan di skrin. Password juga sensitif kepada huruf besar, huruf kecil dan ruang (space).

### Saya diminta tukar password sekali lagi selepas log masuk.

Ini langkah keselamatan. Masukkan password sementara di ruangan Old Password, kemudian masukkan New Password dan Confirm Password, dan klik OK.

### Selepas tukar password, telefon atau Outlook tidak boleh terima e-mel.

Aplikasi e-mel anda masih menyimpan password lama. Kemas kini password di setiap aplikasi yang anda guna - telefon, Outlook atau Thunderbird.
