# Filter e-mel mengikut kandungan

> Cipta filter yang memindahkan e-mel secara automatik ke folder tertentu berdasarkan perkataan dalam subjek atau kandungan.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/content-filtering/

Content filtering mengurus e-mel secara automatik. Contohnya, semua e-mel yang subjeknya mengandungi perkataan **Order** boleh dipindahkan terus ke folder *Pesanan*.

1. [Log masuk ke webmail](/ms/log-in/) dan klik **Settings**.
2. Klik **Content Filtering**, kemudian **New**.

   *(Screenshot: Content Filtering, New)*

3. Beri nama untuk filter ini supaya mudah dirujuk.

   *(Screenshot: Nama filter)*

4. Di bahagian **Conditions**, pilih **Contains specific words or phrases**. Masukkan perkataan untuk subjek, contohnya `Order`, kemudian klik **Save**.

   *(Screenshot: Tetapkan syarat)*

5. Di bahagian **Actions**, pilih **Move message**, pilih destination folder, contohnya **Junk Email**, kemudian klik **Save**.

   *(Screenshot: Tetapkan tindakan)*

6. Klik **Save** untuk menyimpan filter.

   *(Screenshot: Simpan filter)*

Perlukan folder baru dahulu? Lihat [Susun peti masuk dengan folder dan flag](/ms/folders-flags/).

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Filter saya tidak berfungsi pada e-mel lama.

Content filtering hanya berfungsi pada e-mel yang baru masuk selepas filter disimpan.
