# Forward e-mel & autoresponder

> Hantar salinan e-mel ke alamat lain secara automatik, atau balas e-mel secara automatik semasa anda bercuti.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/forwarding-autoresponder/

Kedua-dua tetapan ini berada di bawah **Settings** akaun anda. Ia sering digunakan bersama, contohnya semasa staf bercuti.

## Forward e-mel ke alamat lain

Setiap e-mel yang masuk akan dihantar juga ke alamat lain, contohnya Gmail anda, atau rakan sekerja.

1. [Log masuk ke webmail](/ms/log-in/). Klik **Settings**, kemudian **Account**.
2. Skrol ke bawah ke kad **Forwarding**.
3. Masukkan alamat di ruangan **Forwarding Address**. Anda boleh masukkan lebih daripada satu.

   *(Screenshot: Forwarding Address)*

4. Jika perlu, tukar **Forward Method**. Biarkan **Delete messages when forwarded** di-off-kan supaya salinan setiap e-mel kekal dalam peti mel anda.
5. Klik **Save**.

## On-kan autoresponder

Autoresponder membalas setiap e-mel secara automatik, contohnya *"Saya bercuti sehingga 30 September"*.

1. Klik **Settings**, kemudian **Autoresponder**.

2. On-kan **Enable Autoresponder**.

   *(Screenshot: Enable Autoresponder)*

3. Isikan subjek dan mesej reply, kemudian klik **Save**.

> **Tip**
> Ingat untuk off-kan autoresponder apabila anda kembali ke pejabat.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Saya forward e-mel ke Gmail. Boleh saya balas dari Gmail sebagai alamat Office Niaga?

Boleh. Tetapkan Send mail as di Gmail - lihat Guna e-mel Office Niaga dengan Gmail (/ms/gmail-outlook-com/).

### Boleh saya forward e-mel ke lebih daripada satu alamat?

Boleh. Masukkan beberapa alamat di ruangan Forwarding Address.
