# Guna Gemini dalam Gmail - Help me write, ringkasan & reply

> Tulis draf e-mel dengan Help me write, ringkaskan thread panjang dan pilih reply cadangan dengan Gemini dalam Gmail, untuk semua pelan Business.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/gemini-gmail/

Gemini dalam Gmail disertakan dalam setiap pelan Google Workspace Business dan Enterprise, termasuk Business Starter. Gemini boleh menulis draf e-mel untuk anda, meringkaskan thread e-mel yang panjang dan mencadangkan reply.

## Sebelum anda mula

Gemini dalam Gmail memerlukan smart features di-on-kan untuk akaun anda. Kali pertama anda membuka Gmail, anda mungkin melihat tetingkap pendek 3 langkah dengan tajuk **Turn on smart features to get more out of Gmail, Chat, and Meet** ("1 of 3" di bahagian bawah). Pilih **Turn on smart features**, klik **Next** dan teruskan dua langkah seterusnya. Jika anda pilih **Turn off smart features**, Gemini dalam Gmail tidak akan berfungsi.

*(Screenshot: Kotak Turn on smart features to get more out of Gmail, Chat, and Meet)*

Untuk menyemak atau menukar tetapan ini kemudian:

1. Dalam [Gmail](https://mail.google.com) di komputer anda, klik ikon gear, kemudian **See all settings**.

   *(Screenshot: Ikon gear Gmail dan butang See all settings)*

2. Pada tab **General**, di sebelah **Smart features**, tandakan **Turn on smart features in Gmail, Chat, and Meet**.

   *(Screenshot: Tab General dengan kotak Smart features dan butang Manage Workspace smart feature settings)*

3. Di sebelah **Google Workspace smart features**, klik **Manage Workspace smart feature settings**. Dalam tetingkap yang dibuka, on-kan **Smart features in Google Workspace**, kemudian klik **Save** dalam tetingkap itu. Tetingkap ini juga menyenaraikan **Smart features in other Google products**, tetapi anda tidak memerlukannya untuk Gemini dalam Gmail.

   *(Screenshot: Tetingkap Google Workspace smart features dengan suis Smart features in Google Workspace)*

4. Kembali ke halaman tetapan, tatal ke bawah dan klik **Save Changes**.

## Tulis draf e-mel dengan Help me write

Guna cara ini untuk e-mel baru, reply atau draf yang anda sudah mula tulis.

1. Klik **Compose**, atau buka e-mel dan klik **Reply**.
2. Di bahagian bawah tetingkap e-mel, taip apa yang anda mahu dalam bar prompt Help me write, kemudian klik anak panah **Submit**. Contohnya: "Thank a supplier for delivering our order on time and confirm payment next week."

   *(Screenshot: Bar prompt Help me write dengan prompt contoh dan anak panah Submit)*

3. Tidak nampak bar prompt? Ini berlaku apabila smart features di-off-kan. Klik ikon **Help me write** pada toolbar di bahagian bawah, taip permintaan anda dan klik anak panah **Submit**.

   *(Screenshot: Tetingkap New Message dengan ikon Help me write)*

4. Gemini menulis draf terus ke dalam e-mel. Bar di bahagian bawah kini memaparkan **Describe your change** dan **Polish**.

   *(Screenshot: Draf yang ditulis oleh Gemini, dengan bar Describe your change, Polish serta Undo dan Redo)*

5. Baca draf itu. Untuk mengubahnya, taip arahan baru dalam **Describe your change**, seperti "Make it shorter" atau "Mention the invoice number", atau klik **Polish**. Untuk nada atau panjang yang berbeza, klik **More options** (tiga titik) dan pilih **Formalize**, **Friendly** atau **Shorten**.

   *(Screenshot: Menu More options dengan Formalize, Friendly dan Shorten)*

6. Betulkan apa-apa yang salah, kemudian hantar seperti biasa.

Untuk kembali ke versi sebelumnya, klik **Undo** atau **Redo** di sebelah kanan bar itu. Gemini mungkin mengambil butiran daripada e-mel lain dan fail Drive anda untuk melengkapkan draf itu, jadi semak nama, tarikh dan angka sebelum anda hantar.

## Ringkaskan e-mel atau thread e-mel

Gemini boleh meringkaskan e-mel atau thread e-mel yang anda buka dalam panel sisi **Ask Gemini**.

1. Buka e-mel atau thread e-mel itu.
2. Di bahagian atas sebelah kanan Gmail, klik **Ask Gemini**.
3. Dalam panel sisi, klik cadangan **Summarize this email in more detail**, atau taip permintaan anda sendiri, seperti "Summarise this thread in three bullet points".
4. Baca ringkasan dalam panel sisi.

Untuk sesetengah thread e-mel yang lebih panjang, Gmail mungkin juga memaparkan ringkasan di bahagian atas thread. Jika thread e-mel itu menyebut tugasan dengan tarikh akhir, Gemini mungkin memaparkan **Remind me** di sebelahnya. Pilihan ini menambah peringatan ke Google Tasks dan Calendar.

## Guna reply cadangan

Gemini boleh mencadangkan reply penuh yang sepadan dengan nada biasa anda.

1. Buka e-mel yang anda terima.
2. Di bahagian bawah e-mel, klik reply cadangan.
3. Ubah teks itu, kemudian klik **Send**.

Reply cadangan hanya dipaparkan apabila bahasa Google Account anda ialah Bahasa Inggeris, dan tidak untuk setiap e-mel.

## Tanya Gemini tentang inbox anda

Untuk perkara lain, klik **Ask Gemini** di bahagian atas sebelah kanan Gmail. Panel sisi akan dibuka. Taip permintaan seperti "Summarise unread emails from this week" atau "When is my next flight?", kemudian klik **Submit**. Gemini hanya membaca e-mel yang anda sudah ada akses.

*(Screenshot: Ikon Ask Gemini di bahagian atas kanan Gmail)*

*(Screenshot: Panel sisi Gemini dengan prompt contoh dalam kotak Ask Gemini)*

Apabila e-mel dibuka, panel sisi juga mencadangkan prompt untuk e-mel itu, seperti **Summarize this email in more detail** dan **List action items from this email**. Klik salah satu dan Gemini akan menjawab dalam panel.

*(Screenshot: Cadangan Summarize this email in more detail dalam panel sisi Gemini, di sebelah e-mel contoh yang dibuka)*

*(Screenshot: Ringkasan Gemini untuk e-mel contoh dalam panel sisi)*

## Semak draf sebelum anda hantar

Gemini boleh menggariskan isu tatabahasa, nada dan gaya dalam draf. Klik perkataan yang bergaris untuk melihat cadangan, kemudian klik cadangan itu untuk menerimanya atau klik **Ignore**. Semakan tatabahasa (proofread) berfungsi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol. Untuk menghentikannya, pergi ke **Settings > See all settings > General** dan pilih **Grammar suggestions off**.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Kenapa saya tidak nampak Help me write atau Ask Gemini?

On-kan smart features dahulu. Dalam Gmail, pergi ke Settings > See all settings > General dan tandakan Turn on smart features in Gmail, Chat, and Meet. Kemudian klik Manage Workspace smart feature settings, on-kan Smart features in Google Workspace, klik Save dalam tetingkap itu, dan akhir sekali klik Save Changes di bahagian bawah halaman tetapan. Jika anda masih tidak nampak ciri itu, admin anda mungkin telah off-kannya. Lihat on-kan atau off-kan Gemini (/ms/gemini-turn-on-off/).

### Adakah Help me write berfungsi dalam Bahasa Melayu?

Google menyenaraikan Help me write dalam Gmail sebagai disokong dalam Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain, tetapi belum menyokong Bahasa Melayu. Anda boleh cuba menulis prompt dalam Bahasa Inggeris dan meminta reply dalam Bahasa Melayu, tetapi semak hasilnya dengan teliti.

### Kenapa saya tidak jumpa Help me schedule dalam Gmail?

Help me schedule, yang mencadangkan masa mesyuarat dalam e-mel, memerlukan Business Standard atau pelan yang lebih tinggi. Business Starter hanya merangkumi Help me write, ringkasan thread e-mel, reply cadangan dan semakan tatabahasa (proofread). Lihat Lesen dan pembaharuan (/ms/workspace-licences-renewal/) untuk naik taraf.
