# Terlupa password Microsoft 365? Cara log masuk semula

> Reset password Microsoft 365 anda sendiri dengan Forgot my password jika admin sudah on-kan reset password sendiri. Jika tidak, admin yang reset.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/m365-forgot-password/

Anda boleh reset password Microsoft 365 anda sendiri dari halaman log masuk jika admin anda sudah on-kan reset password sendiri (self-service password reset) dan anda sudah mendaftarkan telefon atau aplikasi Authenticator. Jika tidak, admin anda yang akan reset password untuk anda.

## Reset sendiri

Anda perlukan telefon atau alamat e-mel yang anda daftarkan sebagai kaedah log masuk.

1. Pergi ke [m365.cloud.microsoft](https://m365.cloud.microsoft), taip alamat e-mel kerja anda dan klik **Next**.
2. Di halaman **Enter password**, klik **Forgot my password**. (Di halaman pertama, tempat anda menaip alamat e-mel, link yang sama bernama **Can't access your account?**.) Anda juga boleh terus pergi ke [passwordreset.microsoftonline.com](https://passwordreset.microsoftonline.com).

   *(Screenshot: Halaman Enter password dengan link Forgot my password ditanda)*

3. Di halaman **Get back into your account**, di bawah **Who are you?**, pastikan alamat e-mel anda betul dan klik **Next**. Jika Microsoft memaparkan huruf dalam gambar, taip huruf itu dahulu.

   *(Screenshot: Halaman Get back into your account dengan alamat e-mel diisi dan butang Next ditanda)*

4. Pilih cara untuk mengesahkan identiti anda: SMS, panggilan telefon, aplikasi Authenticator atau e-mel. Syarikat anda mungkin memerlukan dua cara pengesahan.
5. Masukkan kod yang anda terima, atau luluskan permintaan kelulusan dalam aplikasi.
6. Taip password baru anda dua kali dan klik **Finish**.

Log masuk semula dengan password baru itu. Di telefon anda, Outlook dan Teams juga akan meminta password baru.

## Jika Microsoft minta anda hubungi admin

Reset password sendiri hanya berfungsi jika admin anda sudah on-kan ciri ini dan anda sudah mendaftarkan satu kaedah log masuk. Microsoft menyediakannya dalam pelan perniagaan berbayar, tetapi tidak dalam versi percubaan (trial). Jika ciri ini tiada, minta admin syarikat anda reset password anda. Admin boleh ikut panduan [reset password Microsoft 365 staf](/ms/m365-admin-reset-password/).

Jika tiada sesiapa tahu siapa admin anda, tanya orang yang menyediakan Microsoft 365 syarikat anda, atau hubungi Office Niaga.

## Tukar password yang anda ingat

Jika anda ingat password anda dan hanya mahu password baru, log masuk ke [mysignins.microsoft.com/security-info](https://mysignins.microsoft.com/security-info). Cari **Password** dalam senarai dan klik **Change**, kemudian ikut langkah-langkahnya. Anda juga boleh klik **Change Password** dalam menu kiri.

## Supaya anda sentiasa boleh log masuk

Selepas anda berjaya log masuk, daftarkan sekurang-kurangnya dua cara untuk membuktikan identiti anda di halaman [Security info](https://mysignins.microsoft.com/security-info), seperti [aplikasi Authenticator](/ms/m365-mfa-authenticator/) dan nombor telefon bimbit anda. Dengan itu, telefon yang hilang atau password yang terlupa tidak akan menghalang anda daripada log masuk.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Microsoft kata akaun saya tidak dapat disahkan.

Reset password sendiri belum di-on-kan untuk anda, atau anda belum mendaftarkan telefon atau aplikasi Authenticator. Minta admin anda reset password anda (/ms/m365-admin-reset-password/).

### E-mel kod reset tidak sampai.

Semak folder spam atau junk anda. Microsoft menghantarnya daripada msonlineservicesteam@microsoft.com atau msonlineservicesteam@microsoftonline.com. Kod melalui SMS atau aplikasi Authenticator biasanya lebih cepat.

### Bagaimana jika satu-satunya admin kami tidak dapat log masuk atau sudah berhenti?

Hubungi Office Niaga dengan nama domain syarikat anda. Sebagai syarikat yang menguruskan langganan Microsoft 365 anda, kami boleh membantu anda mendapatkan semula akses admin.
