# AutoSave & version history dalam Word, Excel & PowerPoint

> AutoSave menyimpan kerja anda setiap beberapa saat jika fail ada dalam OneDrive atau SharePoint. Guna version history untuk dapatkan versi lama.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/m365-office-autosave-versions/

Apabila fail Word, Excel atau PowerPoint disimpan dalam OneDrive atau SharePoint, **AutoSave** menyimpan perubahan anda setiap beberapa saat. Jika berlaku masalah, **Version History** membolehkan anda membuka dan memulihkan versi lama fail itu.

## Cara AutoSave berfungsi

Cari suis **AutoSave** di bahagian atas kiri Word, Excel atau PowerPoint. Microsoft on-kan suis ini secara default untuk fail yang disimpan dalam OneDrive atau SharePoint.

AutoSave off atau berwarna kelabu dalam keadaan berikut:

- Fail itu berada di komputer anda, dalam USB drive atau di server fail syarikat, bukan dalam OneDrive atau SharePoint.
- Fail itu dalam format lama, seperti `.doc`, `.xls` atau `.ppt`.
- Sync OneDrive dijeda. Lihat [Sync fail OneDrive dan SharePoint ke komputer anda](/ms/m365-onedrive-sync/).

Untuk on-kan AutoSave bagi fail yang disimpan di komputer anda, pilih suis itu dan pilih OneDrive anda untuk memindahkan fail ke situ.

## Sebelum anda mengubah templat

AutoSave menyimpan perubahan anda terus ke dalam fail yang anda buka. Untuk menggunakan semula sebut harga atau templat lama tanpa mengubahnya, pilih **File** > **Save a Copy** terlebih dahulu, beri nama baru kepada salinan itu, dan edit salinan tersebut. Dalam aplikasi web, pilihan yang sama ialah **File** > **Create a Copy** > **Create a copy online**.

## Pulihkan versi lama

Microsoft menyimpan versi lama bagi fail yang disimpan dalam OneDrive dan SharePoint. Gunakan aplikasi desktop, web atau OneDrive untuk mendapatkannya semula.

Dalam aplikasi desktop di Windows, ikut langkah berikut:

1. Buka fail itu dalam Word, Excel atau PowerPoint.
2. Pilih nama fail di bar tajuk di bahagian atas, kemudian **Version History**.
3. Pilih satu versi daripada senarai dan pilih **Open version**. Versi itu dibuka dalam tetingkap berasingan, jadi anda boleh membandingkannya dengan fail semasa.
4. Untuk kembali kepada versi itu, pilih **Restore**.

Di Mac, pilih nama fail di bar tajuk, kemudian **Browse Version History**.

Dalam Word, Excel atau PowerPoint for the web, langkahnya sedikit berbeza:

1. Pilih **File**. Bahagian atas menu menunjukkan tempat fail itu disimpan secara automatik. Pilih **Version History**.

   *(Screenshot: Menu File dalam Word for the web yang menunjukkan Autosaved online to Documents, dengan Version History ditanda)*

2. Panel **Version History** dibuka di sebelah kanan. Pilih versi lama untuk melihatnya.
3. Pilih **Restore** di bahagian atas untuk menjadikan versi itu versi semasa, atau **Save a Copy** untuk menyimpannya sebagai fail berasingan. Pilih **Back to document** untuk keluar tanpa mengubah apa-apa.

   *(Screenshot: Version History dengan versi lama dipilih dan butang Restore ditanda)*

Jika rakan sekerja sedang bekerja dalam fail Excel yang sama, tunggu sehingga mereka selesai sebelum anda memulihkan versi lama.

## Pulihkan dari OneDrive di web

Anda juga boleh memulihkan versi tanpa membuka fail itu.

1. Dalam OneDrive atau document library SharePoint, klik kanan fail itu dan pilih **Version history**.

   *(Screenshot: Menu klik kanan OneDrive dengan Version history ditanda)*

2. Dalam senarai **Version history**, letak tetikus pada versi yang anda mahu dan pilih **...** (pilihan lain) di sebelah nombornya.
3. Untuk menyemak versi itu dahulu, pilih **Open File**. Kemudian pilih **Restore**.

   *(Screenshot: Senarai Version history dengan menu pilihan lain dibuka dan Restore ditanda)*

## Berapa lama versi disimpan

Admin anda menentukan berapa banyak versi yang disimpan oleh SharePoint dan OneDrive, jadi bilangannya berbeza mengikut syarikat. Fail yang dipadam masuk ke **Recycle bin**, dan Microsoft menyimpan fail kerja di situ selama 93 hari, kecuali jika admin anda mengubah tetapan itu.

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Kenapa suis AutoSave berwarna kelabu?

AutoSave hanya berfungsi untuk fail dalam OneDrive atau SharePoint, dalam format baru (.docx, .xlsx, .pptx). AutoSave juga off jika sync OneDrive dijeda, atau jika fail Excel menggunakan ciri shared workbook versi lama atau dilindungi dengan password. Pindahkan atau simpan fail itu ke OneDrive terlebih dahulu.

### Di mana pilihan Save As?

Apabila AutoSave on, Save As bertukar menjadi Save a Copy. Gunakan pilihan ini sebelum anda mengubah templat atau sebut harga lama, supaya fail asal tidak ditimpa.

### Bagaimana jika saya terpadam seluruh fail, bukan sekadar sebahagian teks?

Buka OneDrive atau site SharePoint di web dan lihat dalam Recycle bin. Microsoft menyimpan fail kerja yang dipadam di situ selama 93 hari, kecuali jika admin anda mengubah tetapan itu.
