# Sediakan e-mel di Microsoft Outlook

> Tambah Office Niaga Mail ke Outlook di komputer atau telefon menggunakan IMAP, dan on-kan pengesahan identiti server keluar.
>
> Source: https://docs.officeniaga.com/ms/outlook/

Outlook boleh digunakan di komputer (Outlook baru untuk Windows, Outlook klasik, atau Outlook for Mac) dan di telefon. Semuanya menggunakan tetapan IMAP yang sama.

## Outlook baru untuk Windows (new Outlook for Windows)

Ikut langkah ini jika Windows anda menggunakan Outlook baru.

1. Buka Outlook. Di skrin **Welcome to the new Outlook**, masukkan alamat e-mel penuh anda, kemudian klik **Continue**.

   *(Screenshot: Skrin Welcome to the new Outlook)*

2. Di skrin **Select your email provider**, skrol ke bawah, kemudian pilih **IMAP**.

   *(Screenshot: Pilih IMAP dalam senarai penyedia e-mel)*

3. Masukkan password e-mel anda di ruangan **Password**, kemudian klik **Show more**.
4. Off-kan **Use recommended settings**. Tetapan yang dicadangkan oleh Outlook tidak betul untuk server kami.
5. Isikan tetapan e-mel masuk:
   - **IMAP Incoming server**: `mail.officeniaga.com`
   - **Port**: **993**
   - **Secure connection type**: **SSL / TLS (recommended)**

   *(Screenshot: Tetapan IMAP dalam Outlook baru)*

6. Skrol ke bawah ke **SMTP Configuration**, kemudian isikan tetapan e-mel keluar:
   - **SMTP username**: biarkan alamat e-mel anda yang sudah diisi
   - **SMTP password**: biarkan kosong jika password itu sama
   - **SMTP Outgoing server**: `mail.officeniaga.com`
   - **Port**: **465**
   - **Secure connection type**: **SSL / TLS (recommended)**

   **Penting:** Outlook mengisi port **587** secara automatik. Tukar port itu kepada **465**, kerana port 587 tidak dibuka di server kami.

   *(Screenshot: Tetapan SMTP dalam Outlook baru)*

7. Klik **Continue**.
8. Di skrin **Sync your IMAP account**, klik **Continue**. Outlook menyelaraskan salinan e-mel anda ke Microsoft Cloud. E-mel anda juga kekal di server Office Niaga Mail.

   *(Screenshot: Skrin Sync your IMAP account)*

9. Tunggu sehingga Outlook selesai. Outlook mungkin memaparkan skrin **Add all your accounts**, kemudian **Getting Outlook ready**. Selepas itu, peti mel anda dibuka.

   *(Screenshot: Skrin Getting Outlook ready)*

   *(Screenshot: Folder peti mel dalam Outlook baru)*

### Semak tetapan akaun kemudian

Untuk melihat tetapan IMAP dan SMTP akaun anda, klik ikon gear, kemudian **Settings** > **Accounts** > **Manage**.

*(Screenshot: Settings dan Accounts dalam Outlook baru)*

*(Screenshot: Butiran akaun IMAP dan SMTP)*

## Outlook di komputer

Gunakan langkah-langkah ini jika Outlook anda mempunyai menu **File**, seperti Outlook klasik untuk Windows.

1. Buka Outlook, klik **File**, kemudian **Add Account**.
2. Masukkan alamat e-mel penuh anda. Klik **Advanced options**, tandakan **Let me set up my account manually**, kemudian klik **Connect**.
3. Pilih **IMAP**, kemudian isikan:
   - **Incoming mail**: `mail.officeniaga.com`, port **993**, penyulitan **SSL/TLS**
   - **Outgoing mail**: `mail.officeniaga.com`, port **465**, penyulitan **SSL/TLS**
4. Klik **Next**, masukkan password e-mel anda, kemudian klik **Connect**.

## On-kan pengesahan identiti server keluar

Server keluar kami memerlukan pengesahan identiti (authentication). Anda hanya perlu tetapkan sekali.

1. Klik **File**, kemudian **Info**, **Account Settings** dan **Server Settings**.

   *(Screenshot: Account Settings dan Server Settings)*

2. Klik **Outgoing mail**, kemudian pilih **Log on using user name and password**.

   *(Screenshot: Log on using user name and password)*

3. Tandakan **Save this password in your password list** supaya Outlook tidak meminta password setiap kali anda menghantar e-mel. Klik **OK**.

   *(Screenshot: Simpan password)*

## Outlook di telefon

Aplikasi Outlook untuk iPhone dan Android menggunakan tetapan server yang sama seperti Outlook di komputer.

1. Muat turun aplikasi **Microsoft Outlook** dan bukanya. Klik **Add account**.

   *(Screenshot: Skrin Welcome to Outlook dengan butang Add account)*

2. Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik **Continue**.

   *(Screenshot: Skrin Add account dengan alamat e-mel dan butang Continue)*

3. Pada skrin **Choose account type**, klik **IMAP** di bawah **Advanced**.

   *(Screenshot: Skrin Choose account type dengan pilihan IMAP di bawah Advanced)*

4. On-kan **Advanced settings** di bahagian bawah. Di bawah **IMAP Incoming Mail Server** dan **SMTP Outgoing Mail Server**, masukkan `mail.officeniaga.com` sebagai nama host. Gunakan port **993** untuk IMAP dan **465** untuk SMTP, kedua-duanya dengan jenis keselamatan **SSL/TLS**. Gunakan alamat e-mel penuh dan password anda sebagai nama pengguna dan password untuk kedua-duanya.

   *(Screenshot: Skrin Connect IMAP dengan tetapan server IMAP dan SMTP diisi serta Advanced settings di-on-kan)*

5. Klik tanda ✓ di bahagian atas kanan untuk menyimpan akaun.

   *(Screenshot: Tanda simpan di bahagian atas kanan skrin Connect IMAP)*

6. Apabila Outlook bertanya **Would you like to add another account?**, klik **Maybe later**. Inbox anda dibuka.

   *(Screenshot: Skrin Add another account dengan butang Maybe later)*

## Masih ada masalah?

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di [+60 16-916 3324](https://wa.me/60169163324).

## Isu biasa

### Outlook meminta password setiap kali saya hantar e-mel.

Buka tetapan server keluar dan tandakan Save this password in your password list (lihat bahagian On-kan pengesahan identiti server keluar).

### Outlook tidak dapat mencari tetapan secara automatik.

Pilih tetapan manual dan masukkan maklumat daripada Tetapan server e-mel (/ms/server-settings/). Pastikan server keluar menggunakan port 465 dan bukan 587.
