Untuk mengelakkan malware/virus dari laptop/komputer Tuan/Puan, kami sangat meyarankan Tuan/Puan mengaktifkan fungsi SMTP bagi email keluar (Outgoing Mail) dari akaun SmarterMail menggunakan Outlook.
Tuan/Puan hanya perlu aktifkan sekali sahaja pada permulaan.
Langkah-langkah untuk aktifkan fungsi ini di Outlook Tuan/Puan adalah seperti berikut:
Klik File > Info
Tuan/Puan akan dapat lihat paparan seperti berikut. Kemudian klik Account Setting > Server Setting
Klik pada Outgoing Mail.
Log on using user name and password.
Pastikan Tuan/Puan tick “Save this password in your password list“. Jika tidak, Tuan/Puan terpaksa log on setiap kali Tuan/Puan send email keluar (outgoing mail).
Klik OK. Selesai.