Akses emel SmarterMail dari akaun Hotmail (Outlook)

Tuan/Puan boleh mengekses emel di SmarterMail dari Hotmail Tuan/Puan dengan langkah-langkah yang berikut:

Log in ke dalam akaun Hotmail Tuan/Puan.

Klik Setting > View all Outlook settings

Klik pada “Sync email” dan “Other email accounts” seperti di bawah

Di paparan di bawah, masukkan maklumat SmarterMail Tuan/Puan bagi Display Name, Email Address & Password

Tick pada “Manually configure account settings (POP, IMAP or send-only account)”

Kemudian klik “OK”

Di paparan seterusnya, lengkapkan maklumat SmarterMail Tuan/Puan seperti contoh di bawah.

** Pada bahagian “Choose your connection type”, tick pada “POP/SMTP connection settings”

Pastikan:

Incoming (POP) server: mail.aplikasiniaga.com
Incoming server port: 110
Encryption: TLS
Outgoing (SMTP) server: mail.aplikasiniaga.com
Outgoing server port: 25

Setelah itu, klik “OK”

Setelah selesai Tuan/Puan dapat lihat emel SmarterMail Tuan/Puan di Hotmail seperti paparan di bawah.