Cara cipta “Disposable Address”

Secara asasnya kita mengetahui alamat emel seseorang atau sesebuah organisasi adalah bersifat peribadi & sulit. Fungsi ‘Disposable Address’ adalah bertindak sebagai emel sementara.

Fungsi ‘Disposable Address’ memberi kelebihan kepada pengguna SmarterMail untuk melindungi kerahsiaan alamat emel mereka bagi mengelakkan ‘spammed email’.

Contoh bagi kegunaan ‘Disposable Address’ ialah seperti berikut:

  • Mendaftar untuk produk percubaan (trial product)
  • Memuat turun dokumen atau PDF
  • Mendapatkan ganjaran dalam aplikasi dalam aplikasi
  • Mengakses kandungan artikel di laman berita
  • Mendaftar untuk webinar
  • Menghantar mesej di forum

Cara-cara untuk create ‘Disposable Address’ adalah seperti berikut

Di ikon “Email”, right click pada mana-mana folder

Klik ‘Disposable Address’

Tetapkan pilihan folder yang akan digunakan untuk emel masuk yang akan diterima di ruangan “Folder”.

Tetapkan masa bagi tempoh hayat ‘Disposable Address’ di ruangan “Time”.

Klik “Next”

Setelah itu ‘Disposable Address’ Tuan/Puan akan dipaparkan seperti gambar di bawah

Emel tersebut boleh di “Copy” untuk kegunaan Tuan/Puan

Untuk terus menghentikan fungsi ‘Disposable Address’, Tuan/Puan boleh klik “Revoke”

Untuk lanjutkan tempoh hayat ‘Disposable Address’ boleh klik “Extend”

** Nota:
– Tempoh lanjutan adalah 4 jam setiap kali tempoh masa dilanjutkan
– Tempoh hayat maksima bagi sesuatu ‘Disposable Address’ ialah 24 jam
‘Disposable Address’ tidak lagi boleh digunakan  setelah tamat tempoh hayat