Content Filtering bertujuan untuk menapis emel yang mengadungi content tertentu bagi memudahkan pengurusan emel Tuan/Puan.

Dalam contoh ini ditunjukkan cara untuk filter emel yang mengandungi perkataan “Order” bagi mengumpulkan emel dari order pelanggan dalam satu folder khas.

Klik “Setting”

Klik pada “Content Filtering” & klik “New”

Namakan content filtering bagi tujuan rujukan Tuan/Puan

Kemudian tetapkan keadaan dan tindakan di bahagian “Conditions” & “Actions”

Di bahagian Conditions, klik pada “Condition Type” & pilih “Contains Specific Words or Phrases”

Di bahagian subject, masukkan perkataan yang mahu di filter seperti contoh di bawah

Kemudian klik “Save”

Pada bahagian Action pula pilih “Move message”

Pilih folder yang mahu emel tersebut diletakkan

Klik “Save”

Setelah selesai, klik “Save” untuk simpan tetapan Tuan/Puan

Dengan ini, emel yang mengandungi perkataan “Order” pada bahagian “Subject” akan terus dimasukkan ke folder yang telah tetapkan.