Tetapan server e-mel (IMAP, POP3, SMTP)
Gunakan tetapan ini untuk menyambung Office Niaga Mail ke mana-mana aplikasi e-mel. Semua bahagian menggunakan server yang sama: mail.officeniaga.com.
Tetapan
Section titled “Tetapan”| Jenis | Server | Port | Keselamatan |
|---|---|---|---|
| Masuk - IMAP (disyorkan) | mail.officeniaga.com |
993 | SSL/TLS |
| Masuk - POP3 | mail.officeniaga.com |
995 | SSL/TLS |
| Keluar - SMTP | mail.officeniaga.com |
465 | SSL/TLS |
Nama pengguna dan kata laluan
Section titled “Nama pengguna dan kata laluan”- Username: alamat e-mel penuh anda, contohnya
nama@syarikatanda.com - Password: kata laluan e-mel anda
- Server keluar (SMTP) memerlukan pengesahan identiti (authentication). Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama seperti server masuk.
Webmail
Section titled “Webmail”Anda juga boleh membaca e-mel terus di browser tanpa sebarang tetapan: log masuk di mail.officeniaga.com.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Common issues
Saya boleh terima e-mel tetapi tidak boleh hantar.
Semak tetapan server keluar (SMTP). Gunakan port 465 dengan SSL/TLS, dan hidupkan pengesahan identiti (authentication) dengan alamat e-mel dan kata laluan yang sama. Port 587 tidak dibuka di server kami.
IMAP atau POP3 - mana satu patut saya pilih?
Pilih IMAP jika anda guna e-mel di lebih daripada satu peranti - e-mel kekal di server dan sama di semua peranti. POP3 memuat turun e-mel ke satu peranti sahaja.
Aplikasi saya mengesan port 587 secara automatik.
Tukar kepada port 465 dan SSL/TLS secara manual. Port 587 tidak dibuka, jadi e-mel tidak akan dapat dihantar.
Was this article helpful?
Thanks for your feedback.
Sorry this didn't help. WhatsApp us and we'll sort it out with you.
