Log masuk ke webmail
Log masuk ke Office Niaga Mail melalui browser di mail.officeniaga.com. Anda perlukan alamat e-mel penuh dan kata laluan.
Langkah log masuk
Section titled “Langkah log masuk”- Buka mail.officeniaga.com di browser.
- Di ruangan Email Address, masukkan alamat e-mel penuh anda, contohnya
nama@syarikatanda.com. - Masukkan Password.
- Klik Login.

Selepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard utama e-mel.

Pilihan Remember Me
Section titled “Pilihan Remember Me”Hidupkan Remember Me hanya di komputer anda sendiri. Jangan hidupkannya di komputer awam atau komputer yang dikongsi dengan orang lain.
Common issues
Saya terlupa kata laluan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Klik Forgot your password? di skrin log masuk. Jika tidak berjaya, minta admin domain syarikat anda reset password anda - lihat Tukar atau reset password.
Log masuk tidak berjaya dalam mod incognito atau private.
Webmail tidak menyokong browser dalam mod incognito atau private. Buka tetingkap browser biasa dan cuba lagi.
Panduan lama menyebut mail.aplikasibisnes.com. Masih boleh guna?
Tidak. Alamat itu sudah tidak digunakan. Log masuk di mail.officeniaga.com.
Was this article helpful?
Thanks for your feedback.
Sorry this didn't help. WhatsApp us and we'll sort it out with you.
