Langkau ke kandungan
Lihat halamansebagai Markdown

Tanya AI tentang halaman ini

ChatGPTClaudePerplexityGoogle AI ModeMicrosoft CopilotGrokMistral Le Chat

Tetapan server e-mel (IMAP, POP3, SMTP)

Dikemas kini Untuk SmarterMail Build 7692

Read in English

Gunakan tetapan ini untuk menyambung Office Niaga Mail ke mana-mana aplikasi e-mel. Semua bahagian menggunakan server yang sama: mail.officeniaga.com.

Jenis Server Port Keselamatan
Masuk - IMAP (disyorkan) mail.officeniaga.com 993 SSL/TLS
Masuk - POP3 mail.officeniaga.com 995 SSL/TLS
Keluar - SMTP mail.officeniaga.com 465 SSL/TLS

Butiran log masuk anda sama seperti untuk webmail.

  • Username: alamat e-mel penuh anda, contohnya nama@syarikatanda.com
  • Password: password e-mel anda
  • Server keluar (SMTP) memerlukan pengesahan identiti (authentication). Gunakan nama pengguna dan password yang sama seperti server masuk.

Anda juga boleh membaca e-mel terus di browser tanpa sebarang tetapan: log masuk di mail.officeniaga.com.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Saya boleh terima e-mel tetapi tidak boleh hantar.

Semak tetapan server keluar (SMTP). Gunakan port 465 dengan SSL/TLS, dan on-kan pengesahan identiti (authentication) dengan alamat e-mel dan password yang sama. Port 587 tidak dibuka di server kami.

IMAP atau POP3 - mana satu patut saya pilih?

Pilih IMAP jika anda guna e-mel di lebih daripada satu peranti - e-mel kekal di server dan sama di semua peranti. POP3 memuat turun e-mel ke satu peranti sahaja.

Aplikasi saya mengesan port 587 secara automatik.

Tukar kepada port 465 dan SSL/TLS secara manual. Port 587 tidak dibuka, jadi e-mel tidak akan dapat dihantar.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.