Log masuk ke webmail
Log masuk ke Office Niaga Mail melalui browser di mail.officeniaga.com. Anda perlukan alamat e-mel penuh dan password.
Langkah log masuk
Section titled “Langkah log masuk”Webmail boleh dibuka dalam mana-mana browser, di komputer atau telefon.
- Buka mail.officeniaga.com di browser.
- Di ruangan Email Address, masukkan alamat e-mel penuh anda, contohnya
nama@syarikatanda.com. - Masukkan Password.
- Klik Login.

Selepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard utama e-mel.

Pilihan Remember Me
Section titled “Pilihan Remember Me”On-kan Remember Me hanya di komputer anda sendiri. Jangan on-kannya di komputer awam atau komputer yang dikongsi dengan orang lain.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Saya terlupa password. Apakah yang perlu saya lakukan?
Klik Forgot your password? di skrin log masuk. Jika tidak berjaya, minta admin domain syarikat anda reset password anda - lihat Tukar atau reset password.
Log masuk tidak berjaya dalam mod incognito atau private.
Webmail tidak menyokong browser dalam mod incognito atau private. Buka tetingkap browser biasa dan cuba lagi.
Panduan lama menyebut mail.aplikasibisnes.com. Masih boleh guna?
Tidak. Alamat itu sudah tidak digunakan. Log masuk di mail.officeniaga.com.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
