Langkau ke kandungan

Sediakan e-mel di Microsoft Outlook

Dikemas kini Untuk SmarterMail Build 7692

Sediakan e-mel dalam Outlook baru (0:28)

Outlook boleh digunakan di komputer (Outlook baru untuk Windows, Outlook klasik, atau Outlook for Mac) dan di telefon. Semuanya menggunakan tetapan IMAP yang sama.

Outlook baru untuk Windows (new Outlook for Windows)

Section titled “Outlook baru untuk Windows (new Outlook for Windows)”

Ikut langkah ini jika Windows anda menggunakan Outlook baru.

  1. Buka Outlook. Di skrin Welcome to the new Outlook, masukkan alamat e-mel penuh anda, kemudian klik Continue.

    Skrin Welcome to the new Outlook

  2. Di skrin Select your email provider, skrol ke bawah, kemudian pilih IMAP.

    Pilih IMAP dalam senarai penyedia e-mel

  3. Masukkan password e-mel anda di ruangan Password, kemudian klik Show more.

  4. Off-kan Use recommended settings. Tetapan yang dicadangkan oleh Outlook tidak betul untuk server kami.

  5. Isikan tetapan e-mel masuk:

    • IMAP Incoming server: mail.officeniaga.com
    • Port: 993
    • Secure connection type: SSL / TLS (recommended)

    Tetapan IMAP dalam Outlook baru

  6. Skrol ke bawah ke SMTP Configuration, kemudian isikan tetapan e-mel keluar:

    • SMTP username: biarkan alamat e-mel anda yang sudah diisi
    • SMTP password: biarkan kosong jika password itu sama
    • SMTP Outgoing server: mail.officeniaga.com
    • Port: 465
    • Secure connection type: SSL / TLS (recommended)

    Penting: Outlook mengisi port 587 secara automatik. Tukar port itu kepada 465, kerana port 587 tidak dibuka di server kami.

    Tetapan SMTP dalam Outlook baru

  7. Klik Continue.

  8. Di skrin Sync your IMAP account, klik Continue. Outlook sync salinan e-mel anda ke Microsoft Cloud. E-mel anda juga kekal di server Office Niaga Mail.

    Skrin Sync your IMAP account

  9. Tunggu sehingga Outlook selesai. Outlook mungkin memaparkan skrin Add all your accounts, kemudian Getting Outlook ready. Selepas itu, peti mel anda dibuka.

    Skrin Getting Outlook ready

    Folder peti mel dalam Outlook baru

Untuk melihat tetapan IMAP dan SMTP akaun anda, klik ikon gear, kemudian Settings → Accounts → Manage.

Settings dan Accounts dalam Outlook baru

Butiran akaun IMAP dan SMTP

Outlook klasik untuk Windows (classic Outlook for Windows)

Section titled “Outlook klasik untuk Windows (classic Outlook for Windows)”

Outlook klasik ialah Outlook yang datang bersama aplikasi desktop Microsoft 365. Ia mempunyai menu File di bahagian atas kiri, dan suis Try the new Outlook di bahagian atas kanan berada pada Off.

Outlook klasik dengan menu File dan suis Try the new Outlook di-off-kan

Ikut langkah-langkah ini untuk menambah akaun Office Niaga Mail anda. Jika Outlook belum ada akaun, tetingkap tambah akaun akan dibuka sendiri, jadi anda boleh mula di langkah 2.

  1. Klik File, kemudian Add Account.

    Butang Add Account di tab File dalam Outlook klasik

  2. Masukkan alamat e-mel penuh anda. Klik Advanced options, tandakan Let me set up my account manually, kemudian klik Connect.

    Alamat e-mel sudah dimasukkan, dengan Let me set up my account manually ditandakan di bawah Advanced options

  3. Di skrin Advanced setup, pilih IMAP.

    Skrin Advanced setup dengan IMAP ditanda

  4. Di skrin IMAP Account Settings, isikan tetapan e-mel masuk dan keluar:

    • Incoming mail: Server mail.officeniaga.com, Port 993, Encryption method SSL/TLS
    • Outgoing mail: Server mail.officeniaga.com, Port 465, Encryption method SSL/TLS

    Biarkan kedua-dua kotak Require logon using Secure Password Authentication (SPA) tidak bertanda, kemudian klik Next.

    Penting: Gunakan port 465 untuk e-mel keluar. Port 587 tidak dibuka di server kami.

    IMAP Account Settings dengan mail.officeniaga.com, port 993 dan port 465, kedua-duanya dengan SSL/TLS

  5. Masukkan password e-mel anda, kemudian klik Connect.

    Ruangan Password dan butang Connect

  6. Apabila anda melihat Account successfully added, klik Done. Sebelum itu, buang tanda pada Set up Outlook Mobile on my phone, too jika anda tidak mahu Outlook mencadangkan aplikasi telefon.

    Skrin Account successfully added dengan butang Done

Peti mel anda kini dipaparkan dalam senarai folder. Outlook menghantar Microsoft Outlook Test Message kepada diri sendiri untuk menyemak tetapan, jadi anda boleh padam e-mel itu.

Folder Office Niaga Mail dalam senarai folder Outlook klasik

Outlook for Mac menggunakan tetapan yang sama. Tambah akaun sebagai IMAP dan masukkan maklumat di atas.

Server keluar kami memerlukan pengesahan identiti (authentication). Outlook klasik on-kan tetapan ini untuk anda semasa anda menambah akaun, tetapi anda boleh menyemaknya jika e-mel tidak dapat dihantar.

  1. Klik File, kemudian Account Settings dan Server Settings.

    Menu Account Settings dengan Server Settings ditanda

  2. Klik Outgoing mail. Pastikan My outgoing (SMTP) server requires authentication ditandakan, dengan Use same settings as my incoming mail server dipilih.

    Tetapan Outgoing mail dengan My outgoing (SMTP) server requires authentication ditandakan

  3. Klik Next, kemudian Done.

Supaya Outlook tidak meminta password lagi, buka tetingkap Server Settings yang sama, klik Incoming mail dan tandakan Remember password.

Aplikasi Outlook untuk iPhone dan Android menggunakan tetapan server yang sama seperti Outlook di komputer.

  1. Muat turun aplikasi Microsoft Outlook dan bukanya. Klik Add account.

    Skrin Welcome to Outlook dengan butang Add account

  2. Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik Continue.

    Skrin Add account dengan alamat e-mel dan butang Continue

  3. Pada skrin Choose account type, klik IMAP di bawah Advanced.

    Skrin Choose account type dengan pilihan IMAP di bawah Advanced

  4. On-kan Advanced settings di bahagian bawah. Di bawah IMAP Incoming Mail Server dan SMTP Outgoing Mail Server, masukkan mail.officeniaga.com sebagai nama host. Gunakan port 993 untuk IMAP dan 465 untuk SMTP, kedua-duanya dengan jenis keselamatan SSL/TLS. Gunakan alamat e-mel penuh dan password anda sebagai nama pengguna dan password untuk kedua-duanya.

    Skrin Connect IMAP dengan tetapan server IMAP dan SMTP diisi serta Advanced settings di-on-kan

  5. Klik tanda ✓ di bahagian atas kanan untuk menyimpan akaun.

    Tanda simpan di bahagian atas kanan skrin Connect IMAP

  6. Apabila Outlook bertanya Would you like to add another account?, klik Maybe later. Inbox anda dibuka.

    Skrin Add another account dengan butang Maybe later

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Outlook meminta password setiap kali saya hantar e-mel.

Klik File → Account Settings → Server Settings, klik Incoming mail dan tandakan Remember password. Semak juga tetapan server keluar (lihat bahagian Semak pengesahan identiti server keluar).

Outlook tidak dapat mencari tetapan secara automatik.

Pilih tetapan manual dan masukkan maklumat daripada Tetapan server e-mel. Pastikan server keluar menggunakan port 465 dan bukan 587.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.