Kongsi kalendar Outlook dengan rakan sekerja dalam Microsoft 365
Untuk berkongsi kalendar anda, buka kalendar dalam Outlook, pilih Share, taip nama rakan sekerja anda dan pilih apa yang boleh mereka lihat. Mereka akan menerima jemputan melalui e-mel untuk menambah kalendar anda di sebelah kalendar mereka.
Pilih apa yang boleh rakan sekerja lihat
Section titled “Pilih apa yang boleh rakan sekerja lihat”Microsoft menawarkan beberapa tahap akses. Pilih tahap paling rendah yang mencukupi:
- Can view when I’m busy: mereka hanya nampak bahawa anda sibuk, tetapi tidak nampak mesyuarat apa.
- Can view titles and locations: mereka juga nampak tajuk dan tempat mesyuarat.
- Can view all details: mereka nampak semuanya kecuali item yang ditandakan sebagai peribadi.
- Can edit: mereka boleh menambah dan menukar temujanji dalam kalendar anda.
- Delegate: sebagai delegate, mereka boleh edit dan kongsi kalendar anda, serta menguruskan jemputan mesyuarat bagi pihak anda. Gunakan tahap ini untuk pembantu peribadi.
Senarai yang anda nampak bergantung pada orang yang anda mahu kongsi kalendar. Contohnya, untuk shared mailbox, Outlook hanya menawarkan tiga tahap untuk melihat kalendar. Semua orang dalam syarikat sudah boleh melihat bila anda lapang atau sibuk semasa mereka menjadualkan mesyuarat, jadi kongsi kalendar hanya jika anda mahu mereka nampak lebih banyak butiran.
Outlook baru & Outlook on the web
Section titled “Outlook baru & Outlook on the web”Outlook baru (new Outlook) dan Outlook on the web berfungsi dengan cara yang sama.
-
Buka Calendar dari bar di sebelah kiri.
-
Pilih Share pada tab Home. Pada ribbon penuh, butang itu bernama Share calendar. Jika anda ada lebih daripada satu kalendar, pilih kalendar yang hendak dikongsi, biasanya Calendar.

-
Taip nama atau alamat e-mel rakan sekerja anda dan pilih nama mereka daripada senarai.
-
Pilih tahap akses daripada senarai di sebelah nama mereka.
-
Pilih Share.

Untuk menukar tahap akses atau berhenti berkongsi, klik kanan kalendar dalam senarai di sebelah kiri, pilih Sharing and permissions, kemudian tukar tahap akses atau buang orang itu.
Outlook klasik untuk Windows
Section titled “Outlook klasik untuk Windows”Outlook klasik (classic Outlook) menggunakan tetingkap Calendar Properties.
-
Buka kalendar. Pada tab Home, pilih … (more options), kemudian Share dan pilih kalendar. Pada ribbon penuh, butang ini bernama Share Calendar.

-
Pada tab Permissions dalam Calendar Properties, pilih Add, pilih rakan sekerja anda dan pilih OK.
-
Pilih nama mereka dalam senarai, pilih tahap akses dan pilih OK.

Buka kalendar rakan sekerja
Section titled “Buka kalendar rakan sekerja”Selepas rakan sekerja berkongsi kalendar dengan anda, anda menerima e-mel bertajuk You’re invited to share this calendar. Buka e-mel itu dan pilih Accept.

Kalendar mereka kemudian dipaparkan di bawah People’s calendars di sebelah kiri. Tandakan kalendar itu untuk melihatnya di sebelah kalendar anda.

Jika e-mel itu hilang, anda juga boleh menambah kalendar itu sendiri:
- Outlook baru dan Outlook on the web: dalam Calendar, pilih Add calendar → Add from directory, cari nama itu dan pilih Add.
- Outlook klasik: pada tab Home, pilih … (more options) → Add → Open Shared Calendar, dan taip nama itu. Pada ribbon penuh, pilihan ini ada di bawah Manage Calendars → Add Calendar.
- Aplikasi Outlook di telefon anda: dalam kalendar, klik gambar anda, kemudian klik + → Add Shared Calendars.


Tandakan beberapa kalendar untuk melihatnya bersebelahan. Ini memudahkan anda merancang mesyuarat Teams.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Kenapa rakan sekerja saya tidak nampak butang Accept selepas saya kongsi kalendar?
Sesetengah aplikasi Outlook tidak menunjukkan butang Accept. Minta rakan sekerja anda membuka e-mel jemputan itu dalam Outlook on the web dan menerima jemputan di sana.
Boleh rakan sekerja nampak temujanji peribadi saya?
Tidak. Temujanji yang anda tandakan sebagai peribadi tetap tersembunyi, termasuk daripada rakan sekerja yang boleh melihat semua butiran. Tandakan temujanji sebagai peribadi sebelum anda berkongsi jika ia urusan peribadi.
Boleh saya kongsi kalendar saya dengan pelanggan di luar syarikat?
Hanya jika admin anda membenarkan perkongsian di luar organisasi. Jika tetapan itu on, orang luar itu akan menerima link untuk melihat kalendar anda. Tanya admin anda atau Office Niaga.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
