Tambah atau ganti pengguna e-mel
Hanya admin domain boleh menambah atau memadam pengguna e-mel. Bilangan pengguna yang dibenarkan ditetapkan oleh pakej yang anda langgan.
Tambah pengguna baru
Section titled “Tambah pengguna baru”Anda memerlukan akaun admin domain dan slot pengguna yang masih kosong dalam pakej anda. Pengguna baru boleh log masuk sebaik sahaja anda menyimpannya.
-
Log masuk ke webmail dengan akaun admin domain.
-
Klik Domain Settings.
-
Di sebelah kiri, klik Accounts.
-
Klik New.

-
Masukkan username, password dan confirm password untuk pengguna baru, kemudian klik Save.

Berikan alamat e-mel dan password kepada pengguna itu. Mereka boleh log masuk dan menukar password sendiri.
Ganti pengguna lama dengan pengguna baru
Section titled “Ganti pengguna lama dengan pengguna baru”Jika pakej anda sudah penuh, padam pengguna yang tidak diperlukan dahulu, kemudian tambah pengguna baru.
-
Klik Domain Settings, kemudian Accounts. Senarai semua pengguna akan dipaparkan.
-
Tandakan pengguna yang ingin dipadam, kemudian klik Delete.

-
Tambah pengguna baru seperti langkah di atas.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Saya tidak boleh tambah pengguna baru.
Bilangan pengguna terhad mengikut pakej yang anda langgan. Padam pengguna yang tidak digunakan, atau WhatsApp kami untuk menambah pakej.
Staf sudah berhenti. Apakah yang berlaku kepada e-melnya jika saya padam akaunnya?
Padam akaun juga memadam e-mel dalam peti mel itu. Jika e-mel lama masih diperlukan, simpan dahulu atau kongsi peti mel itu dengan staf lain sebelum dipadam - lihat Kongsi peti mel (shared inbox).
Siapa boleh tambah pengguna?
Hanya admin domain. Jika anda bukan admin, minta admin syarikat anda, atau hubungi kami.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
