Sediakan e-mel di Microsoft Outlook
Outlook boleh digunakan di komputer (Outlook baru untuk Windows, Outlook klasik, atau Outlook for Mac) dan di telefon. Semuanya menggunakan tetapan IMAP yang sama.
Outlook baru untuk Windows (new Outlook for Windows)
Section titled “Outlook baru untuk Windows (new Outlook for Windows)”Ikut langkah ini jika Windows anda menggunakan Outlook baru.
-
Buka Outlook. Di skrin Welcome to the new Outlook, masukkan alamat e-mel penuh anda, kemudian klik Continue.

-
Di skrin Select your email provider, skrol ke bawah, kemudian pilih IMAP.

-
Masukkan password e-mel anda di ruangan Password, kemudian klik Show more.
-
Off-kan Use recommended settings. Tetapan yang dicadangkan oleh Outlook tidak betul untuk server kami.
-
Isikan tetapan e-mel masuk:
- IMAP Incoming server:
mail.officeniaga.com - Port: 993
- Secure connection type: SSL / TLS (recommended)

- IMAP Incoming server:
-
Skrol ke bawah ke SMTP Configuration, kemudian isikan tetapan e-mel keluar:
- SMTP username: biarkan alamat e-mel anda yang sudah diisi
- SMTP password: biarkan kosong jika password itu sama
- SMTP Outgoing server:
mail.officeniaga.com - Port: 465
- Secure connection type: SSL / TLS (recommended)
Penting: Outlook mengisi port 587 secara automatik. Tukar port itu kepada 465, kerana port 587 tidak dibuka di server kami.

-
Klik Continue.
-
Di skrin Sync your IMAP account, klik Continue. Outlook menyelaraskan salinan e-mel anda ke Microsoft Cloud. E-mel anda juga kekal di server Office Niaga Mail.

-
Tunggu sehingga Outlook selesai. Outlook mungkin memaparkan skrin Add all your accounts, kemudian Getting Outlook ready. Selepas itu, peti mel anda dibuka.


Semak tetapan akaun kemudian
Section titled “Semak tetapan akaun kemudian”Untuk melihat tetapan IMAP dan SMTP akaun anda, klik ikon gear, kemudian Settings > Accounts > Manage.


Outlook di komputer
Section titled “Outlook di komputer”Gunakan langkah-langkah ini jika Outlook anda mempunyai menu File, seperti Outlook klasik untuk Windows.
- Buka Outlook, klik File, kemudian Add Account.
- Masukkan alamat e-mel penuh anda. Klik Advanced options, tandakan Let me set up my account manually, kemudian klik Connect.
- Pilih IMAP, kemudian isikan:
- Incoming mail:
mail.officeniaga.com, port 993, penyulitan SSL/TLS - Outgoing mail:
mail.officeniaga.com, port 465, penyulitan SSL/TLS
- Incoming mail:
- Klik Next, masukkan password e-mel anda, kemudian klik Connect.
On-kan pengesahan identiti server keluar
Section titled “On-kan pengesahan identiti server keluar”Server keluar kami memerlukan pengesahan identiti (authentication). Anda hanya perlu tetapkan sekali.
-
Klik File, kemudian Info, Account Settings dan Server Settings.

-
Klik Outgoing mail, kemudian pilih Log on using user name and password.

-
Tandakan Save this password in your password list supaya Outlook tidak meminta password setiap kali anda menghantar e-mel. Klik OK.

Outlook di telefon
Section titled “Outlook di telefon”Aplikasi Outlook untuk iPhone dan Android menggunakan tetapan server yang sama seperti Outlook di komputer.
-
Muat turun aplikasi Microsoft Outlook dan bukanya. Klik Add account.

-
Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik Continue.

-
Pada skrin Choose account type, klik IMAP di bawah Advanced.

-
On-kan Advanced settings di bahagian bawah. Di bawah IMAP Incoming Mail Server dan SMTP Outgoing Mail Server, masukkan
mail.officeniaga.comsebagai nama host. Gunakan port 993 untuk IMAP dan 465 untuk SMTP, kedua-duanya dengan jenis keselamatan SSL/TLS. Gunakan alamat e-mel penuh dan password anda sebagai nama pengguna dan password untuk kedua-duanya.
-
Klik tanda ✓ di bahagian atas kanan untuk menyimpan akaun.

-
Apabila Outlook bertanya Would you like to add another account?, klik Maybe later. Inbox anda dibuka.

Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Outlook meminta password setiap kali saya hantar e-mel.
Buka tetapan server keluar dan tandakan Save this password in your password list (lihat bahagian On-kan pengesahan identiti server keluar).
Outlook tidak dapat mencari tetapan secara automatik.
Pilih tetapan manual dan masukkan maklumat daripada Tetapan server e-mel. Pastikan server keluar menggunakan port 465 dan bukan 587.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
