Langkau ke kandungan
Lihat halamansebagai Markdown

Tanya AI tentang halaman ini

ChatGPTClaudePerplexityGoogle AI ModeMicrosoft CopilotGrokMistral Le Chat

Chat dengan orang luar syarikat anda dalam Google Chat

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Read in English

Google Chat boleh digunakan dengan orang luar syarikat anda, seperti pelanggan, pembekal dan rakan kongsi. Sama ada ia berfungsi untuk anda bergantung pada tetapan admin anda, pelan anda dan akaun orang itu.

Apa yang menentukan sama ada anda boleh chat dengan orang luar

Section titled “Apa yang menentukan sama ada anda boleh chat dengan orang luar”

Beberapa tetapan di kedua-dua pihak mesti membenarkannya sebelum chat dengan orang luar boleh berfungsi.

  • Tetapan admin anda: admin anda boleh membenarkan atau menyekat chat dengan orang luar syarikat, atau membenarkannya dengan domain tertentu sahaja.
  • Tetapan pihak lagi satu: jika orang itu menggunakan Google Workspace di syarikatnya, admin mereka juga mesti membenarkan chat dengan orang luar.
  • Sejarah chat: jika tetapan sejarah anda tidak sepadan dengan tetapan mereka, Chat mungkin menyekat perbualan itu. Admin anda mungkin mengawal tetapan ini.
  • Pelan anda: chat satu lawan satu dengan orang luar boleh dibuat dalam semua pelan Business jika admin anda membenarkannya. Untuk mencipta space dan chat kumpulan dengan orang luar, anda memerlukan Business Standard atau pelan yang lebih tinggi. Lihat pelan kami.

Jika admin anda membenarkannya, anda memulakan chat dengan orang luar sama seperti chat lain.

  1. Dalam Google Chat, klik New chat.
  2. Taip alamat e-mel penuh orang itu.
  3. Klik Start chat dan hantar mesej anda.
  4. Orang itu menerima permintaan mesej (message request). Anda boleh chat selepas mereka menerimanya.

Chat dengan orang luar memaparkan label External di sebelah nama, supaya semua orang tahu siapa yang bukan dari syarikat anda.

Space mesti ditetapkan untuk ahli luar semasa anda menciptanya.

  1. Semasa anda mencipta space, tandakan Allow external members to join. Lihat Cipta space Google Chat untuk pasukan anda dan tambah ahli.
  2. Buka space itu, klik namanya di bahagian atas, kemudian Manage members > Add.
  3. Taip alamat e-mel orang luar itu dan klik Add. Mereka akan menerima jemputan e-mel.

Orang yang tiada akaun Google langsung mungkin boleh dijemput sebagai tetamu jika admin anda membenarkan jemputan tetamu. Jika anda nampak “This type of external invite isn’t enabled by your administrator”, tanya admin anda.

Untuk admin: on-kan atau off-kan chat dengan orang luar

Section titled “Untuk admin: on-kan atau off-kan chat dengan orang luar”

Hanya admin Google Workspace boleh menukar tetapan ini dalam Admin console.

  1. Log masuk ke admin.google.com.
  2. Pergi ke Apps > Google Workspace > Google Chat.
  3. Klik External Chat Settings.
  4. Tetapkan Allow users to send messages outside your organization kepada On atau Off. Untuk membenarkan syarikat yang dipercayai sahaja, tandakan Only allow this for allowlisted domains.
  5. Klik Save.
  6. Untuk Business Standard dan pelan yang lebih tinggi, klik External spaces & group direct messages untuk mengawal sama ada staf boleh mencipta dan menyertai space dan chat kumpulan yang ada orang luar.

Off-kan chat dengan orang luar tidak memadam perbualan yang sedia ada, tetapi staf anda tidak lagi dapat membukanya. Untuk mesyuarat dengan pelanggan, Google Meet boleh digunakan dengan sesiapa sahaja, termasuk orang yang tiada akaun Google.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Chat memaparkan mesej "Your organization doesn't let you send direct message to this person". Apakah maksudnya?

Admin anda sudah off-kan chat dengan orang luar syarikat, atau hanya membenarkan domain tertentu. Minta admin Google Workspace anda menyemak External Chat Settings.

Chat memaparkan mesej "You can't send a message to them because their organization doesn't allow it". Boleh kami betulkannya?

Tidak dari pihak anda. Admin syarikat itu sudah menyekat chat dengan orang luar, atau belum menambah domain anda ke dalam senarai yang dibenarkan. Gunakan e-mel atau panggilan Google Meet.

Kenapa saya tidak dapat menambah orang luar ke dalam chat kumpulan yang sedia ada?

Chat kumpulan dalaman tidak boleh ditukar menjadi chat luar. Mulakan chat kumpulan baru, atau cipta space baru dengan Allow external members to join ditandakan.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.