Langkau ke kandungan

Chat, team & channel dalam Microsoft Teams

Dikemas kini Untuk Microsoft 365

Chat, team & channel dalam Microsoft Teams (0:23)

Teams ada dua cara untuk berbincang: chat untuk perbualan pantas dengan seorang atau satu kumpulan kecil, dan team dengan channel untuk jabatan atau projek. Kedua-duanya ada dalam Chat di menu kiri.

Chat hanya dapat dilihat oleh orang yang ada dalam chat itu.

  1. Klik Chat di sebelah kiri, kemudian New message (ikon pensel) di bahagian atas senarai.
  2. Dalam To, taip nama orang yang anda mahu chat dengannya.
  3. Untuk chat kumpulan, klik ikon nama kumpulan di hujung kanan To dan taip nama kumpulan dalam Group name.
  4. Taip mesej anda dan tekan Enter atau klik Send.

Chat baru dengan ikon New message, kotak To dan ikon nama kumpulan ditandakan

Orang itu nampak chat anda di bawah Chats di pihak mereka, dengan pemberitahuan, dan membalas dalam kotak Type a message di bahagian bawah.

Teams di pihak orang itu dengan chat daripada Ali Hassan dan kotak Type a message ditanda

Untuk menambah seseorang kemudian, klik ikon orang di bahagian atas chat, kemudian Add people. Anda boleh memilih sama ada mereka dapat melihat mesej sebelum ini.

Dapatkan perhatian seseorang dengan @mention

Section titled “Dapatkan perhatian seseorang dengan @mention”

Taip @ dan mula menaip nama, kemudian pilih orang itu daripada senarai. Mereka menerima pemberitahuan dalam Activity. Dalam chat kumpulan, @everyone memberitahu semua orang dalam chat itu. Dalam channel, pemilik team boleh membenarkan ahli menggunakan @team dan @channel.

Cipta team untuk sesuatu jabatan, seperti Sales atau Accounts, atau untuk projek jangka panjang. Orang yang mencipta team itu menjadi pemiliknya.

  1. Klik Chat (atau Teams jika Teams anda menggunakan paparan berasingan), kemudian New items (anak panah di sebelah pensel) → New team.

    Menu New items dengan New team ditandakan

  2. Taip Team name dan Description yang ringkas.

  3. Di bawah Team type, pilih Private (hanya orang yang anda tambah) atau Public (sesiapa sahaja dalam syarikat boleh menyertainya). Admin mungkin juga nampak Org-wide.

    Senarai Team type dengan Private, Public dan Org-wide

  4. Beri nama untuk channel pertama dalam First channel name. Channel ini ialah channel utama team dan tidak boleh dipadam kemudian.

  5. Klik Create.

    Create a team dengan nama team, Team type, First channel name dan Create ditandakan

  6. Dalam Add members to team anda, taip nama dan klik Add, atau klik Skip untuk menambah orang kemudian.

Setiap team mendapat site SharePoint sendiri untuk menyimpan failnya. Lihat Asas SharePoint - team site dan fail yang dikongsi.

Sebagai pemilik, buka More team options team itu (tiga titik di sebelah namanya) dan klik Add member. Taip nama orang itu dan klik Add. Jika anda menaip alamat e-mel orang luar syarikat, orang itu ditambah sebagai tetamu (guest), asalkan syarikat anda membenarkannya.

Menu pilihan team dengan Add member dan Add channel ditandakan

Channel membahagikan team kepada beberapa topik, seperti “Sebut Harga” atau “Pelanggan A”. Microsoft menawarkan tiga jenis channel:

  • Standard: semua orang dalam team boleh melihatnya.
  • Private: hanya orang yang anda tambah boleh melihatnya. Sesuai untuk topik sensitif.
  • Shared: boleh ada ahli daripada team atau syarikat lain. Hanya pemilik team boleh mencipta channel ini, dan jenisnya tidak boleh ditukar kemudian.

Untuk menambah channel, buka More team options team itu dan klik Add channel, atau guna New items → New channel. Taip Channel name, buka Choose a channel type dan pilih jenisnya, kemudian klik Create. Teams juga meminta anda memilih Layout: Threads nampak seperti chat dengan reply di tepi, manakala Posts sesuai untuk pengumuman. Pemilik channel boleh menukarnya kemudian.

Create a channel dengan nama channel dan senarai jenis channel ditandakan

Versi Teams yang lebih baru boleh memaparkan chat, team dan channel bersama dalam satu senarai. Untuk menukar paparan, buka pilihan di bahagian atas senarai, pilih Customize view, kemudian Combined atau Separate.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa saya tidak dapat mencipta team?

Syarikat anda boleh mengehadkan siapa yang boleh mencipta team. Minta admin anda mencipta team itu untuk anda, atau membenarkan anda mencipta team.

Patut kami guna chat kumpulan atau team?

Chat kumpulan sesuai untuk perbualan kecil yang singkat. Team sesuai untuk jabatan atau projek jangka panjang: team ada channel untuk setiap topik, tempat untuk berkongsi fail dan senarai ahli yang dikawal oleh pemilik team.

Kenapa @team dan @channel tidak berfungsi?

Pemilik team perlu on-kan mention ini terlebih dahulu dalam tetapan team.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.