Langkau ke kandungan

Hantar mesej Google Chat & urus pemberitahuan

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Hantar mesej Google Chat (0:48)

Google Chat digunakan untuk mesej ringkas dengan rakan sekerja. Anda boleh menggunakannya di chat.google.com, dalam Gmail, atau dalam aplikasi Google Chat di telefon anda.

Mesej terus (direct message, DM) ialah chat peribadi dengan seorang atau sekumpulan kecil orang.

  1. Buka Google Chat. Dalam Gmail, klik Chat di menu sebelah kiri.

    Chat dalam menu kiri Gmail

  2. Klik New chat.

    Butang New chat dalam Google Chat

  3. Dalam Add 1 or more people, taip nama atau alamat e-mel rakan sekerja dan pilih mereka daripada senarai.

    Rakan sekerja dipilih daripada senarai selepas menaip e-mel

  4. Klik Start chat.

    Butang Start chat

  5. Taip mesej anda dan klik Send message (anak panah), atau tekan Enter.

    Contoh mesej ditaip dengan anak panah Send message

Untuk memulakan DM kumpulan, tambah lebih banyak nama dalam langkah 3. Untuk perbualan pasukan yang berterusan, lebih baik gunakan space.

Ikon di sebelah kotak mesej membolehkan anda menambah lebih daripada teks.

Ikon di sebelah kotak mesej: Google Workspace tools, format, emoji, GIF, muat naik dan Schedule send

  • Formatting options: huruf tebal, huruf condong, senarai dan banyak lagi.
  • Add emoji dan Add GIF or Sticker.
  • Upload file: hantar fail atau gambar dari komputer anda.
  • Google Workspace tools: lampirkan fail Drive atau jadualkan mesyuarat dalam Calendar.
  • Schedule send: hantar mesej itu kemudian.

Untuk memulakan panggilan video dari chat, klik Send a Meet link di bahagian atas.

Butang Send a Meet link di bahagian atas chat

Kali pertama seseorang menghantar mesej kepada anda, anda akan nampak permintaan, bukan chat.

  1. Klik New chat → Message requests.

    Menu New chat dengan Message requests ditanda

  2. Klik nama orang itu untuk membaca mesej mereka.

  3. Klik Accept untuk membalas, atau Ignore untuk mengabaikannya. Tandakan Also block supaya mereka tidak dapat menghantar permintaan lagi.

Chat boleh memaparkan pemberitahuan di komputer anda apabila mesej masuk, asalkan browser anda membenarkannya.

  1. Dalam Google Chat, klik Settings (ikon gear) di bahagian atas kanan.

    Gear Settings di bahagian atas kanan Google Chat

  2. Di bawah Desktop notifications, on-kan atau off-kan Allow chat notifications.

    Allow chat notifications dalam Chat settings

  3. Jika mahu, on-kan atau off-kan Reaction notifications, pilih bunyi (contohnya Tones) atau None daripada senarai Notification sounds, dan on-kan atau off-kan Email notifications untuk mesej yang belum dibaca.

    Suis Reaction notifications, senarai Notification sounds dengan Tones dipilih, dan suis Email notifications

Dalam Gmail, klik Settings → See all settings → Chat and Meet, kemudian Manage chat settings.

Anda boleh menyenyapkan chat yang sibuk tanpa off-kan semua pemberitahuan.

  1. Dalam senarai di sebelah kiri, letak tetikus pada perbualan itu dan klik tiga titik (Options).

    Tiga titik di sebelah perbualan dalam senarai kiri

  2. Klik Notifications.

    Menu pilihan dengan Notifications ditanda

  3. Pilih mesej yang akan memberi pemberitahuan kepada anda, atau tandakan Mute conversation, kemudian klik Save.

    Pilihan pemberitahuan, Mute conversation dan butang Save

Untuk menghentikan semua pemberitahuan buat seketika, klik status anda di bahagian atas (contohnya Active) dan pilih Do not disturb. Di bawah Settings, Do not disturb schedules akan on-kan mod ini secara automatik di luar waktu bekerja.

Menu status dengan Do not disturb ditanda

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa saya tidak menerima pemberitahuan Chat di komputer saya?

Dalam Chat, klik Settings dan pastikan Allow chat notifications ditandakan. Jika Chat memberitahu bahawa browser menyekat pemberitahuan, benarkan pemberitahuan untuk chat.google.com atau mail.google.com dalam tetapan browser anda. Semak juga bahawa status anda bukan Do not disturb.

Kenapa mesej saya memberitahu bahawa orang itu perlu menerimanya dahulu?

Kali pertama anda menghantar mesej kepada seseorang, mereka menerima permintaan mesej (message request). Selepas mereka menerimanya, anda boleh chat seperti biasa. Mereka juga boleh mengabaikan permintaan itu tanpa anda dimaklumkan.

Boleh syarikat saya melihat mesej Chat saya?

Mesej Chat ialah milik akaun syarikat anda, dan admin Google Workspace anda yang menentukan sama ada sejarah Chat disimpan. Anda akan nampak History on atau History is on dalam perbualan apabila mesej sedang disimpan. Anggap Chat sama seperti e-mel kerja.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.