Langkau ke kandungan

Jadualkan, sertai & rakam mesyuarat Microsoft Teams

Dikemas kini Untuk Microsoft 365

Jadualkan, sertai & rakam mesyuarat Microsoft Teams (0:22)

Untuk menjadualkan mesyuarat Teams, buka Calendar dalam Teams dan pilih New, atau cipta acara dalam Outlook dengan suis Teams meeting di-on-kan. Semua orang yang anda jemput menerima link mesyuarat, termasuk orang di luar syarikat.

Jemputan dihantar ke e-mel dan kalendar setiap orang.

  1. Dalam Teams, pilih Calendar di sebelah kiri.

  2. Pilih New di bahagian atas sebelah kanan, atau klik slot masa yang kosong.

    Kalendar Teams dengan Calendar, Meet now dan New ditanda

  3. Tambah tajuk, kemudian taip nama rakan sekerja dalam Invite required attendees, atau alamat e-mel penuh orang di luar syarikat.

  4. Tetapkan tarikh dan masa. Guna Scheduler untuk melihat bila semua orang lapang.

  5. Pastikan suis Teams meeting di-on-kan.

  6. Pilih Save (atau Send selepas anda menjemput orang).

    Acara baru dengan tajuk, peserta, tarikh dan masa, suis Teams meeting dan Save ditanda

Outlook menambah link Teams ke dalam jemputan secara automatik.

  • Outlook baru (new Outlook) dan Outlook on the web: pergi ke Calendar → New event, on-kan suis Teams meeting di sebelah tajuk, tambah orang dan pilih Send. Jangan guna Save as draft, kerana draf tidak ada link mesyuarat.
  • Outlook klasik (classic Outlook): buka Calendar dan pilih Teams Meeting pada tab Home. Tambah orang dan pilih Send. Butang ini hanya muncul selepas aplikasi Teams di-install dan anda sudah log masuk pada komputer yang sama.

Ribbon kalendar Outlook klasik dengan butang Teams Meeting ditanda

Untuk panggilan ringkas yang tiada dalam kalendar, pergi ke Calendar dalam Teams dan pilih Meet now di bahagian atas. Beri nama kepada mesyuarat itu, pilih Get a link to share untuk menghantar link kepada orang lain, kemudian pilih Start meeting dan Join now. Dalam chat kumpulan, Meet now di bahagian atas chat itu memanggil semua orang dalam chat tersebut.

Sebelum anda menyertai mesyuarat, Teams memaparkan skrin pratonton. Di situ anda boleh on-kan atau off-kan kamera dan mikrofon, dan menyemak audio anda.

  1. Buka mesyuarat itu dalam Calendar Teams anda, atau buka jemputan dalam Outlook.
  2. Pilih Join.
  3. Semak kamera dan mikrofon anda, kemudian pilih Join now.

Orang di luar syarikat yang tidak ada akaun Teams boleh membuka link dalam jemputan, menaip nama mereka dan menyertai mesyuarat. Mereka mungkin perlu menunggu di lobi sehingga seseorang membenarkan mereka masuk.

Semasa mesyuarat, pilih Share di bahagian atas dan pilih seluruh skrin anda, satu tetingkap atau fail PowerPoint. Untuk memainkan video dengan bunyi, on-kan Include sound terlebih dahulu. Pilih Stop sharing apabila anda sudah selesai.

Beritahu semua orang sebelum anda mula merakam. Pilih More actions (tiga titik), kemudian Record and transcribe → Start recording. Untuk berhenti, pergi ke menu yang sama dan pilih Stop recording.

Menurut Microsoft, rakaman memerlukan lesen Microsoft 365 untuk bisnes, dan admin anda perlu on-kan fungsi rakaman. Tetamu (guest) tidak boleh merakam. Rakaman disimpan dalam OneDrive penganjur (atau dalam SharePoint untuk mesyuarat dalam channel) dan dipaparkan dalam chat mesyuarat. Admin anda mungkin menetapkan tarikh tamat tempoh untuk rakaman.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Boleh pelanggan yang tidak ada Teams menyertai mesyuarat saya?

Boleh, jika syarikat anda membenarkannya. Mereka buka link dalam jemputan, taip nama mereka dan pilih untuk menyertai dalam browser atau aplikasi Teams. Mereka mungkin perlu menunggu di lobi sehingga seseorang dalam mesyuarat membenarkan mereka masuk.

Butang Teams Meeting tiada dalam Outlook klasik.

Add-in Teams untuk Outlook klasik kadang-kadang hilang. Tutup Outlook dan Teams, buka Teams, kemudian buka Outlook semula. Outlook baru sudah ada Teams di dalamnya, jadi tidak perlu add-in.

Skrin yang saya kongsi nampak hitam di Mac.

macOS mesti membenarkan Teams merakam skrin anda. Buka System Settings, cari Screen & System Audio Recording dan on-kan Microsoft Teams, kemudian tutup dan buka semula Teams.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.