Tambah e-mel Microsoft 365 anda ke Outlook klasik untuk Windows
Untuk menambah e-mel kerja Microsoft 365 anda ke Outlook klasik (classic Outlook) untuk Windows, buka Outlook, pergi ke File → Add Account, taip alamat e-mel kerja anda dan klik Connect. Outlook mencari tetapan server secara automatik, jadi anda tidak perlu menaip apa-apa tetapan.
Sebelum anda mula
Section titled “Sebelum anda mula”Semak perkara ini dahulu supaya persediaan berjalan lancar:
- Outlook sudah di-install. Outlook klasik disertakan dalam aplikasi desktop Microsoft 365. Lihat Install Word, Excel, Outlook dan aplikasi Microsoft 365 yang lain. Menurut Microsoft, versi desktop Outlook termasuk dalam Business Standard dan Business Premium, tetapi tidak termasuk dalam Business Basic.
- Anda sudah log masuk sekali di web. Jika ini akaun baru, buat log masuk kali pertama dalam browser dan tetapkan password anda sendiri dahulu.
- Kenal pasti Outlook yang anda guna. Jika suis New Outlook di penjuru kanan atas Outlook sudah on, anda sedang menggunakan Outlook baru (new Outlook). Lihat Outlook baru atau klasik untuk Windows: mana satu patut anda guna.
Tambah akaun
Section titled “Tambah akaun”Langkah-langkah ini untuk Outlook klasik, iaitu Outlook dengan suis Try the new Outlook yang off di penjuru kanan atas.
-
Buka Outlook. Jika ini kali pertama, Outlook mungkin meminta anda menamakan profil baru. Taip apa-apa nama, contohnya
Outlook, dan klik OK. Selepas itu, Outlook terus meminta alamat e-mel anda, jadi pergi terus ke langkah 3. -
Jika tidak, klik File → Add Account.
-
Taip alamat e-mel kerja anda, contohnya
aina@yourcompany.com, dan klik Connect. Jika anda sudah log masuk ke Office, alamat itu mungkin sudah diisi untuk anda.
-
Tetingkap log masuk Microsoft dibuka. Taip password anda dan klik Sign in, kemudian taip kod daripada aplikasi Authenticator jika diminta.

-
Windows mungkin bertanya Sign in to all apps and websites on this device? Untuk laptop syarikat, admin anda akan memberitahu anda pilihan yang patut dipilih. Di komputer peribadi atau komputer yang digunakan bersama, pilih No, this app only.

-
Apabila anda nampak Account successfully added, buang tanda pada Set up Outlook Mobile on my phone, too kecuali anda mahukannya, dan klik Done.

Outlook memuat turun e-mel, kalendar dan kenalan anda. Peti mel yang besar mungkin mengambil masa yang lama pada kali pertama, jadi biarkan Outlook terbuka. Selepas itu, akaun kerja anda dipaparkan dalam senarai folder di sebelah kiri.

Buang akaun
Section titled “Buang akaun”Jika anda perlu membuang akaun daripada komputer yang digunakan bersama atau komputer lama, pergi ke File → Account Settings → Account Settings, pilih akaun itu dan klik Remove. Ini hanya membuang e-mel daripada komputer ini. Tiada apa-apa yang dipadam daripada peti mel anda.

Jika itu satu-satunya akaun dalam Outlook, Outlook tidak membenarkan anda membuangnya dari situ. Tutup Outlook, buka Control Panel, cari Mail dan buka Mail (Microsoft Outlook). Klik Show Profiles, pilih profil itu, klik Remove dan sahkan dengan Yes.

Shared mailbox
Section titled “Shared mailbox”Jika admin anda sudah memberi anda akses kepada shared mailbox seperti sales@, biasanya peti mel itu dipaparkan di bawah peti mel anda sendiri selepas anda tutup dan buka semula Outlook. Lihat Buka shared mailbox (sales@, info@) dalam Outlook.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Outlook meminta nama server dan port. Apa yang perlu saya taip?
Biasanya anda tidak perlu menaip apa-apa. Akaun Microsoft 365 disediakan secara automatik berdasarkan alamat e-mel anda. Jika Outlook meminta tetapan IMAP atau POP, kembali dan pastikan alamat e-mel kerja anda ditaip dengan betul. Kemudian minta admin anda semak sama ada domain anda sudah ada rekod autodiscover. Lihat Sambungkan domain anda sendiri ke Microsoft 365.
Kenapa saya tidak dapat install Outlook untuk Windows dengan pelan Business Basic?
Pelan Business Basic merangkumi Outlook on the web dan aplikasi Outlook di telefon, tetapi tidak merangkumi versi desktop Outlook. Gunakan Outlook on the web atau tanya Office Niaga tentang pelan yang ada aplikasi desktop.
Outlook asyik meminta password saya.
Tutup Outlook, buka semula dan log masuk apabila tetingkap log masuk Microsoft dipaparkan, termasuk langkah Authenticator jika syarikat anda menggunakannya. Jika Outlook masih meminta password, mungkin password anda sudah ditukar atau tamat tempoh. Lihat Terlupa password Microsoft 365? Cara log masuk semula.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
