Langkau ke kandungan

Tambah Gmail kerja anda ke telefon iPhone atau Android

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Tambah Gmail kerja ke Android (0:21)

Tambah akaun Google Workspace kerja anda ke aplikasi Gmail pada iPhone atau Android melalui pilihan log masuk Google. Akaun kerja anda akan dipaparkan bersama akaun peribadi anda, dan anda tidak perlu memasukkan tetapan IMAP atau tetapan server.

Anda memerlukan alamat e-mel kerja dan password anda, serta telefon anda jika pengesahan dua langkah (2-Step Verification) di-on-kan.

  1. Buka aplikasi Gmail.

  2. Klik gambar profil anda dalam bar carian di bahagian atas kanan, kemudian klik Add another account.

    Menu akaun dalam aplikasi Gmail dengan pilihan Add another account

  3. Klik Google.

    Skrin Set up email dalam aplikasi Gmail dengan pilihan Google di bahagian atas

  4. Log masuk dengan alamat e-mel kerja dan password anda. Jika pengesahan dua langkah (2-Step Verification) di-on-kan untuk akaun anda, luluskan permintaan log masuk di telefon anda atau masukkan kod pengesahan.

    Skrin Sign in Google dengan alamat e-mel kerja diisi

    Skrin Welcome Google dengan password diisi dan butang NEXT

Inbox kerja anda kini dipaparkan bersama inbox peribadi anda. Klik gambar profil untuk menukar akaun, atau pilih All inboxes untuk melihat kedua-duanya serentak. Akaun ini sama dengan akaun yang anda gunakan untuk log masuk ke Gmail di web.

Jika anda lebih suka aplikasi Mail yang terbina dalam iPhone daripada aplikasi Gmail:

  1. Buka Settings → Apps → Mail → Mail Accounts. Pada versi iOS yang lebih lama, pergi ke Settings → Mail → Accounts.
  2. Klik Add Account.
  3. Klik Google.
  4. Log masuk dengan alamat e-mel kerja dan password anda.

Bagi kedua-dua cara, anda tidak perlu memasukkan tetapan server, IMAP atau port. Google menguruskan log masuk akaun itu untuk anda.

Jika syarikat anda menguruskan peranti kerja, anda mungkin diminta install Android Device Policy atau menyediakan profil kerja (work profile) pada Android semasa log masuk. Pada iPhone, anda mungkin diminta install profil konfigurasi. Ikut arahan di skrin. Jika anda tidak mahu install-nya pada telefon peribadi anda, tanya admin syarikat anda dahulu, atau gunakan e-mel Google Workspace dalam Outlook pada komputer.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Adakah saya perlu memasukkan tetapan IMAP atau tetapan server untuk menambah Gmail kerja saya?

Tidak. Log masuk dengan Google dalam aplikasi Gmail atau aplikasi Mail iPhone, dan Google menyediakan sambungan itu secara automatik.

Kenapa saya diminta install aplikasi polisi peranti atau profil?

Syarikat anda telah on-kan pengurusan peranti. Android mungkin meminta anda install Android Device Policy atau menyediakan profil kerja, dan iPhone mungkin meminta anda install profil konfigurasi. Ikut arahan di skrin.

Boleh saya guna Gmail peribadi dan Gmail kerja pada telefon yang sama?

Boleh. Tambah kedua-dua akaun dalam aplikasi Gmail, kemudian bertukar antara akaun, atau lihat kedua-duanya serentak dengan All inboxes.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.