Langkau ke kandungan
Lihat halamansebagai Markdown

Tanya AI tentang halaman ini

ChatGPTClaudePerplexityGoogle AI ModeMicrosoft CopilotGrokMistral Le Chat

Lihat & pulihkan versi lama dalam Docs, Sheets & Slides

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Read in English

Google Docs, Sheets dan Slides menyimpan sejarah perubahan, jadi anda boleh melihat siapa mengubah apa dan kembali ke versi yang lebih lama. Langkah-langkah di bawah sama dalam ketiga-tiga aplikasi.

Anda perlukan akses Editor kepada fail itu untuk melihat sejarahnya.

  1. Buka dokumen, spreadsheet atau persembahan itu.
  2. Klik File > Version history > See version history. Anda juga boleh klik ikon jam di bahagian atas sebelah kanan, yang menunjukkan bila edit terakhir dibuat.
  3. Panel Version history terbuka di sebelah kanan. Klik satu versi untuk melihatnya. Perubahan setiap orang ditunjukkan dalam warna masing-masing selagi Highlight changes ditandakan.
  4. Klik anak panah di sebelah satu versi untuk melihat versi-versi kecil yang dikumpulkan di dalamnya.
  5. Untuk kembali ke versi semasa, klik anak panah kembali di bahagian atas sebelah kiri.

Dalam Google Sheets, baris yang tidak berubah disembunyikan supaya perubahan lebih mudah dicari. Klik Show unmodified rows di bahagian bawah sebelah kanan untuk melihat semuanya.

Memulihkan versi tidak memadam apa-apa. Versi lama itu hanya menjadi versi terbaru.

  1. Buka Version history seperti di atas.
  2. Klik versi yang anda mahu.
  3. Klik Restore this version di bahagian atas, kemudian Restore.

Untuk menyimpan versi lama itu sebagai fail berasingan, klik tiga titik (More actions) di sebelahnya dan pilih Make a copy.

Versi yang dinamakan mudah dicari kemudian, contohnya “Sent to client” atau “Final for tender”. Google tidak menggabungkannya dengan versi lain.

  1. Klik File > Version history > Name current version.
  2. Taip nama, seperti “Sent to client”, dan tekan Enter.

Untuk melihat versi yang dinamakan sahaja, klik All versions di bahagian atas panel dan pilih pilihan versi yang dinamakan. Satu dokumen boleh mempunyai sehingga 40 versi yang dinamakan, dan satu spreadsheet sehingga 15.

Untuk semakan cepat, anda boleh melihat siapa mengubah satu perenggan atau satu sel tanpa membuka sejarah penuh.

  • Google Docs: pilih teks itu, klik kanan dan pilih Show editors. Ciri ini memerlukan Business Standard, Business Plus atau pelan Enterprise. Lihat pelan kami.
  • Google Sheets: klik kanan pada sel dan pilih Show edit history. Sesetengah perubahan, seperti format atau baris yang ditambah, tidak ditunjukkan.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa saya tidak nampak Version history?

Anda perlukan akses Editor untuk melihat versi lama. Jika anda hanya boleh melihat atau memberi komen, minta pemilik memberi anda akses Editor atau memulihkan versi itu untuk anda.

Adakah memulihkan versi lama akan memadam perubahan yang lebih baru?

Tidak. Versi yang anda pulihkan menjadi versi terbaru, dan semua versi selepasnya kekal dalam senarai. Anda boleh tukar semula pada bila-bila masa.

Fail itu sendiri sudah dipadam. Boleh version history mendapatkannya semula?

Tidak. Version history berfungsi di dalam fail yang masih wujud. Untuk mendapatkan semula fail yang dipadam, lihat dalam Trash Drive. Lihat cari, dapatkan semula dan pulihkan fail dalam Google Drive.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.