Langkau ke kandungan
Lihat halamansebagai Markdown

Tanya AI tentang halaman ini

ChatGPTClaudePerplexityGoogle AI ModeMicrosoft CopilotGrokMistral Le Chat

Selaraskan kalendar dengan iPhone & Android

Dikemas kini Untuk SmarterMail Build 7692

Read in English

Selaraskan kalendar dengan Android (0:24)

Kalendar Office Niaga Mail boleh dipaparkan dalam aplikasi kalendar telefon anda, dan perubahan di kedua-dua tempat akan diselaraskan.

Anda menambah kalendar sebagai akaun CalDAV, menggunakan alamat e-mel penuh dan password e-mel anda.

  1. Buka Settings, kemudian Calendar, Accounts, Add Account. Pada iOS 18 dan ke atas, pergi ke Settings, Apps, Calendar, Calendar Accounts, Add Account.

    Add Account

  2. Pilih Other, kemudian Add CalDAV Account.

    Add CalDAV Account

  3. Isikan:

    • Server: mail.officeniaga.com
    • User Name: alamat e-mel penuh anda
    • Password: password e-mel anda
    • Description: nama untuk rujukan anda, contohnya Kalendar pejabat
  4. Klik Next dan tunggu iPhone mengesahkan akaun.

    Pengesahan CalDAV

  5. On-kan Calendars dan Reminders, kemudian klik Save.

    On-kan Calendars dan Reminders

Android tidak menyokong CalDAV secara terus. Anda memerlukan aplikasi penyelarasan. Kami menggunakan DAVx⁵, yang boleh anda dapatkan dari Google Play atau secara percuma dari F-Droid. Semasa anda membukanya buat kali pertama, aplikasi ini memaparkan beberapa skrin tetapan (kebenaran dan selang penyelarasan). Terima tetapan default.

  1. Pasang aplikasi, bukanya, kemudian klik Add account.

    Skrin utama DAVx⁵, dengan butang Add account ditanda

  2. Pilih Login with URL and user name, kemudian klik Continue. Kemudian isikan:

    • Base URL: https://mail.officeniaga.com/webdav/cal
    • User name: alamat e-mel penuh anda
    • Password: password e-mel anda

    Klik Login.

    Skrin Add account dalam DAVx⁵, dengan pilihan Login with URL and user name dan butang Continue ditanda

    Borang log masuk dalam DAVx⁵, dengan Base URL, User name dan Password sudah diisi, dan butang Login ditanda

  3. DAVx⁵ memaparkan nama akaun (alamat e-mel anda). Klik Finish.

    Skrin nama akaun dalam DAVx⁵, dengan butang Finish ditanda

  4. Akaun itu dibuka. Pada tab CalDAV, on-kan suis Calendar, kemudian klik Synchronize now.

    Tab CalDAV untuk akaun baru, dengan suis Calendar sudah on dan butang Synchronize now ditanda

Kalendar Office Niaga akan dipaparkan dalam aplikasi kalendar biasa di telefon anda.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Android tiada pilihan untuk tambah kalendar CalDAV.

Betul, Android tidak menyokong CalDAV secara terus. Anda memerlukan aplikasi seperti DAVx⁵ dari Google Play.

iPhone memaparkan mesej bahawa akaun CalDAV tidak dapat disahkan.

Pastikan server ialah mail.officeniaga.com dan nama pengguna ialah alamat e-mel penuh. Semak password anda di webmail dahulu.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.