Langkau ke kandungan

Cipta Google Doc, kongsi & edit bersama

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Cipta, kongsi & edit Google Doc (0:44)

Google Docs ialah pemproses perkataan yang berjalan dalam browser anda. Ramai orang boleh bekerja pada dokumen yang sama pada masa yang sama, dan setiap perubahan disimpan secara automatik.

Mulakan dokumen baru dari skrin utama Docs atau dari Google Drive.

  1. Pergi ke docs.google.com dan klik page kosong di bawah Start a new document. Dalam Google Drive, anda juga boleh klik New → Google Docs.

    Page utama Docs dengan dokumen kosong di bawah Start a new document

  2. Klik Untitled document di bahagian atas sebelah kiri, taip nama dan tekan Enter.

    Nama dokumen di bahagian atas kiri Google Docs

  3. Mula menaip. Anda nampak Saved to Drive di bahagian atas apabila perubahan anda sudah disimpan.

    Saved to Drive dipaparkan di bahagian atas selepas menaip

Dokumen itu disimpan dalam My Drive. Untuk menyimpannya bersama fail pasukan anda, pindahkan dokumen itu ke shared drive.

Kongsi dengan rakan sekerja tertentu supaya hanya mereka boleh membukanya. Panduan perkongsian Drive menerangkan setiap pilihan dengan lebih terperinci.

  1. Klik Share di bahagian atas sebelah kanan.

    Butang Share di bahagian atas kanan dokumen

  2. Taip nama atau alamat e-mel dalam Add people, groups, spaces, and calendar events.

    Kotak Share dengan e-mel rakan sekerja ditaip dalam Add people, groups, spaces, and calendar events

  3. Pilih Viewer, Commenter atau Editor.

    Senarai akses dengan Viewer, Commenter dan Editor

  4. Klik Send.

    Kotak Share dengan butang Send

Setiap orang yang anda tambah sebagai Editor boleh menaip dalam dokumen itu pada masa yang sama dengan anda. Anda nampak kursor berwarna dengan nama setiap orang semasa mereka bekerja.

Komen digunakan untuk soalan dan nota yang tidak sepatutnya mengubah teks itu sendiri.

  1. Pilih teks yang anda mahu beri komen.

  2. Klik Add comment (atau tekan Ctrl + Alt + M).

    Butang Add comment di sebelah teks yang dipilih

  3. Taip komen anda dan klik Comment.

    Kotak komen dengan contoh teks dan butang Comment

Untuk mendapatkan perhatian rakan sekerja, taip @ dan nama mereka dalam komen. Mereka akan menerima e-mel dengan komen anda. Untuk menjadikannya tugasan, tandakan Assign to (nama mereka) dan klik Assign. Orang itu boleh klik Done pada komen apabila tugasan itu selesai.

Apabila perbincangan sudah selesai, klik tanda betul di bahagian atas komen (Mark as resolved). Klik Show all comments di bahagian atas sebelah kanan untuk melihat semula komen yang sudah diselesaikan.

Mod Suggesting berfungsi seperti Track Changes dalam Word. Pemilik nampak setiap perubahan dan memutuskan sama ada mahu mengekalkannya.

  1. Klik butang pensel di bahagian atas sebelah kanan yang menunjukkan Editing.

  2. Pilih salah satu mod ini:

    • Editing: ubah dokumen secara terus.
    • Suggesting: edit anda menjadi cadangan dalam warna lain, dan teks yang dipadam dipotong dengan garisan.
    • Viewing: baca atau cetak dokumen akhir tanpa mengubahnya.

    Menu mod dengan Editing, Suggesting dan Viewing, Suggesting ditanda

  3. Buat perubahan anda. Pemilik akan menerima e-mel tentang cadangan anda.

    Cadangan suntingan dalam teks dan kad cadangan di tepi page

Hanya pemilik dan Editor boleh menerima cadangan, satu demi satu atau semuanya sekali gus.

  1. Klik cadangan di tepi page.

  2. Klik tanda betul untuk menerimanya atau tanda pangkah untuk menolaknya.

    Kad cadangan dengan tanda rait untuk terima dan pangkah untuk tolak

  3. Untuk menguruskan semuanya sekali gus, klik Tools → Review suggested edits. Dalam kotak Suggested edits, klik anak panah kecil di sebelah Accept dan pilih Accept all, atau anak panah di sebelah Reject dan pilih Reject all.

    Menu Tools dengan Review suggested edits ditanda

    Accept all di bawah anak panah di sebelah Accept dalam kotak Suggested edits

Jika anda membuka fail Word yang mempunyai tracked changes, perubahan itu dipaparkan sebagai cadangan dalam Google Docs. Lihat buka fail Word dalam Google Docs.

Untuk merangka atau menulis semula teks dengan AI, lihat tulis dan kemaskan dokumen dengan Gemini dalam Google Docs.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Di mana butang Save?

Tiada butang Save. Google Docs menyimpan setiap perubahan semasa anda menaip. Di bahagian atas, anda nampak Saved to Drive apabila kerja anda sudah selamat. Untuk menyimpan salinan dokumen seperti keadaannya sekarang, gunakan File → Version history → Name current version.

Saya hanya boleh melihat dokumen itu. Bagaimana saya boleh edit?

Pemilik berkongsi dokumen itu dengan anda sebagai Viewer. Klik Request edit access jika butang itu ada, atau minta pemilik menukar akses anda kepada Commenter atau Editor. Dengan akses Commenter, anda masih boleh mencadangkan edit.

Saya hanya boleh melihat dokumen itu. Bagaimana saya boleh edit?
Boleh saya terima cadangan yang dibuat oleh orang lain?

Boleh, jika anda Editor atau pemilik. Klik tanda betul pada cadangan itu untuk menerimanya, atau tanda pangkah untuk menolaknya. Orang dengan akses Commenter boleh membuat cadangan tetapi tidak boleh menerimanya.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.