On-kan pengesahan dua langkah untuk log masuk Office Niaga Mail anda
On-kan pengesahan dua langkah (two-step authentication) di Settings → Account supaya password yang dicuri sahaja tidak lagi cukup untuk membuka peti mel anda. Password sering dicuri melalui e-mel log masuk palsu, dan pengesahan dua langkah menghalang penyerang pada langkah kedua.
On-kan pengesahan dua langkah untuk log masuk anda
Section titled “On-kan pengesahan dua langkah untuk log masuk anda”Pastikan telefon anda ada bersama anda, kerana anda akan menggunakannya untuk langkah kedua.
-
Log masuk ke webmail, kemudian klik ikon Settings (ikon gear) di bar atas.
-
Klik Account di menu kiri.
-
Tatal ke bawah hingga ke kad Two-Step Authentication, yang memaparkan Protect your account with two-step authentication!

-
Klik Enable, kemudian ikut arahan di skrin untuk menyelesaikan persediaan pengesahan dua langkah.
Untuk admin domain
Section titled “Untuk admin domain”Domain anda membenarkan pengesahan dua langkah jika tetapan Two-Step Authentication di Domain Settings → General → User Options ialah Enabled.

Jika staf tidak lagi dapat melepasi langkah kedua, contohnya kerana telefon mereka hilang:
-
Klik Domain Settings di bar atas, kemudian Accounts.
-
Buka akaun pengguna itu.
-
Klik butang …, kemudian pilih Reset Two-Step. Pilihan ini hanya dipaparkan jika pengesahan dua langkah di-on-kan untuk pengguna itu. Jika pilihan ini tiada, pengesahan dua langkah tidak di-on-kan untuk pengguna itu, jadi masalahnya berpunca daripada perkara lain.

-
Minta pengguna itu log masuk dengan password-nya dan sediakan pengesahan dua langkah sekali lagi.
Jika pengguna masih tidak dapat log masuk, lihat Tidak dapat log masuk selepas terlalu banyak password salah atau Tukar atau reset password. Untuk meminta pengguna memilih password baru semasa log masuk seterusnya, gunakan Expire Password.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Kenapa saya patut on-kan pengesahan dua langkah?
Apabila pengesahan dua langkah di-on-kan, orang yang mencuri password anda melalui page log masuk palsu masih tidak dapat log masuk kerana mereka tidak dapat melepasi langkah kedua.
Saya kehilangan telefon yang saya gunakan untuk pengesahan dua langkah. Bagaimanakah saya boleh log masuk sekarang?
Minta admin domain anda menggunakan Reset Two-Step pada akaun anda. Kemudian log masuk dengan password anda dan sediakan pengesahan dua langkah sekali lagi.
Kenapa saya tidak nampak kad Two-Step Authentication?
Admin domain anda menentukan sama ada pengesahan dua langkah dibenarkan untuk domain anda. Minta admin menyemak Domain Settings → General → User Options, atau hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
