Minta pengguna pilih password baru semasa log masuk (Expire Password)
Gunakan Expire Password di Domain Settings jika anda mahu pengguna memilih password baru sendiri semasa log masuk seterusnya. Jika anda mahu memilih password untuk mereka, gunakan Tukar atau reset password. Cara ini sesuai untuk staf baru yang menerima password sementara, peti mel yang password-nya telah dikongsi, atau akaun yang anda syaki telah dicerobohi.
-
Klik ikon Domain Settings di bar atas.
-
Klik Accounts di menu kiri.
-
Pilih pengguna yang tempoh password-nya perlu ditamatkan.

-
Klik butang … (Actions), kemudian klik Expire Password.

-
Kongsi link Log masuk ke webmail dengan pengguna jika mereka memerlukan bantuan untuk log masuk. Semasa pengguna log masuk ke webmail pada kali seterusnya, webmail akan meminta mereka memilih password baru.
Butang … (Actions) dalam senarai Accounts juga ada pilihan Impersonate User, yang membuka peti mel sebagai pengguna itu untuk menyelesaikan masalah (lihat Buka peti mel staf tanpa password mereka). Jika anda klik pengguna itu untuk membuka page-nya, page itu memaparkan menu … dengan lebih banyak tindakan, termasuk Change Password, Reset Two-Step dan Rename. Lihat Tukar atau reset password, On-kan pengesahan dua langkah untuk log masuk Office Niaga Mail anda dan Tukar alamat e-mel pengguna.
Jika suis Disable password changes di Domain Settings → User Defaults di-on-kan untuk pengguna di domain anda, mereka mungkin tidak dapat menetapkan password baru sama sekali. Kami belum mengesahkan kesan tetapan ini terhadap Expire Password. Semak tetapan itu jika pengguna memberitahu anda bahawa mereka tidak dapat log masuk selepas anda menggunakan Expire Password.

Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Patutkah saya menggunakan Expire Password atau Change Password?
Gunakan Change Password jika anda mahu menetapkan password baru sendiri dan memberikannya kepada pengguna. Gunakan Expire Password jika anda mahu pengguna memilih password mereka sendiri, contohnya selepas mereka menerima password sementara, atau selepas password mereka dikongsi.
Pengguna masih tidak dapat menetapkan password baru.
Semak suis Disable password changes di Domain Settings → User Defaults. Suis ini menetapkan nilai default untuk peti mel baru. Jika tetapan ini juga telah di-copy kepada pengguna itu, pengguna itu mungkin boleh menetapkan password baru selepas anda off-kannya.

Boleh saya menetapkan password sendiri tanpa menunggu pengguna?
Boleh. Buka page pengguna itu di Domain Settings → Accounts, kemudian gunakan Change Password untuk menetapkan password secara terus. Jangan gunakan Expire Password.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
