Langkau ke kandungan

Lihat respons Google Forms, link ke Sheet & tutup borang

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Lihat respons Google Forms (0:35)

Setiap jawapan kepada borang Google Form anda disimpan dalam borang itu. Anda boleh membaca jawapan di situ, atau menghantarnya ke Google Sheet untuk mengisih, filter dan berkongsi data itu.

Tab Responses menunjukkan bilangan jawapan yang anda terima dan ringkasan bagi setiap soalan.

  1. Buka borang itu dalam Google Forms.

  2. Klik tab Responses di bahagian atas.

    Tab Responses dengan bilangan respons

  3. Pilih cara untuk melihat jawapan:

    • Summary: carta dan jumlah bagi setiap soalan.
    • Question: semua jawapan kepada satu soalan.
    • Individual: semua jawapan daripada seorang responden. Gunakan anak panah untuk beralih antara responden.

    Paparan Summary, Question dan Individual

Tab Summary hanya dipaparkan selepas respons pertama diterima.

Sheet yang di-link mendapat satu baris baru untuk setiap respons, jadi data itu mudah diisih, di-filter dan dikongsi.

  1. Pada tab Responses, klik Link to Sheets.

    Link to Sheets pada tab Responses

  2. Pilih Create a new spreadsheet, atau Select existing spreadsheet untuk menambah jawapan ke dalam fail yang anda sudah ada.

    Pilihan Create a new spreadsheet dan Select existing spreadsheet

  3. Klik Create atau Select.

    Kotak destinasi dengan butang Create

    Spreadsheet respons yang di-link dengan satu baris bagi setiap contoh respons

Untuk mengolah data itu, lihat isih, filter dan buat carta data anda. Kolaborator borang mendapat akses kepada spreadsheet respons yang baru secara automatik, tetapi perubahan perkongsian selepas itu tidak di-sync antara kedua-dua fail.

Tiga titik pada tab Responses menyimpan alat respons yang lain.

Menu More options pada tab Responses

  • Get email notifications for new responses: satu e-mel untuk setiap jawapan baru.
  • Select destination for responses: tukar atau sambung semula spreadsheet yang di-link.
  • Unlink form: berhenti menghantar jawapan baru ke spreadsheet. Jawapan yang sudah ada di situ kekal.
  • Download responses (.csv): fail yang boleh anda buka dalam Excel.
  • Print all responses
  • Delete all responses: tindakan ini tidak boleh dibatalkan, jadi muat turun satu salinan dahulu.

Tutup borang apabila pendaftaran atau promosi tamat. Orang yang membukanya selepas itu akan melihat mesej bahawa borang sudah ditutup.

  1. Klik Published di bahagian atas sebelah kanan.

    Butang Published di bahagian atas kanan

  2. Off-kan Accepting responses.

    Suis Accepting responses dalam Published options

  3. Klik Save.

    Published options dengan butang Save

Untuk menutup borang secara automatik, klik Set close date or response limit dalam kotak yang sama. Pilih tarikh dan masa, atau bilangan maksimum respons. Anda juga boleh menukar mesej yang dilihat orang apabila borang ditutup.

Pautan Set close date or response limit dalam Published options

Untuk membuka borang semula, on-kan Accepting responses sekali lagi.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa rakan sekerja yang saya buang daripada borang masih boleh melihat jawapan?

Google Sheet yang di-link mempunyai tetapan perkongsiannya sendiri. Buang orang itu daripada borang dan daripada spreadsheet secara berasingan, menggunakan Share dalam setiap fail.

Saya terpadam spreadsheet yang di-link. Adakah jawapannya hilang?

Tidak. Jawapan masih disimpan dalam borang. Pergi ke Responses, klik tiga titik dan pilih Select destination for responses untuk mencipta spreadsheet baru. Anda juga boleh memulihkan spreadsheet lama daripada Trash dalam Drive.

Boleh saya terima e-mel setiap kali seseorang menghantar borang?

Boleh. Pada tab Responses, klik tiga titik dan pilih Get email notifications for new responses.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.