Langkau ke kandungan

E-mel tidak sampai ke Gmail - semakan pantas

Dikemas kini Untuk Google Workspace

E-mel tidak sampai ke Gmail (0:25)

Jika e-mel tidak sampai ke inbox Gmail anda, semak folder spam, All Mail, filter dan forward e-mel, storage anda, dan sama ada pengirim menerima mesej bounce.

Setiap staf boleh membuat semakan ini dalam Gmail mereka sendiri.

  1. Cari di semua tempat. Di bar carian Gmail, klik Advanced search options. Masukkan pengirim dalam From, tukar menu lungsur (dropdown) Search daripada All Mail kepada Mail & Spam & Trash, kemudian klik Search. Buka juga All Mail. Jika e-mel itu ada dalam folder spam, lihat E-mel Google Workspace masuk ke folder spam.

    Pilihan carian Gmail dengan pengirim di From dan Search ditetapkan ke Mail & Spam & Trash

  2. Semak filter. Klik Settings → See all settings → Filters and Blocked Addresses. Ubah atau padam mana-mana filter yang mengarkibkan atau memadam e-mel daripada pengirim itu. Terpadam sesuatu? Lihat Pulihkan e-mel atau fail Drive yang dipadam.

    Settings Gmail pada tab Filters and Blocked Addresses

  3. Semak tetapan forward. Buka tab Forwarding and POP/IMAP. Jika anda hanya nampak Add a forwarding address, forward tidak di-on-kan dan bukan puncanya. Jika alamat forward ada, pastikan pilihan di sebelahnya ialah Keep Gmail’s copy in the Inbox.

    Bahagian Forwarding pada tab Forwarding and POP/IMAP

  4. Semak storage. Apabila storage penuh, e-mel yang dihantar kepada anda dikembalikan kepada pengirim. Lihat Storage Google Workspace penuh.

  5. Semak alamat. Minta pengirim menyemak semula alamat e-mel yang digunakannya. Jika satu huruf salah, e-mel itu akan dihantar ke alamat lain.

  6. Tanya tentang mesej bounce. Jika pengirim menerima e-mel “Delivery Status Notification (Failure)”, minta pengirim forward e-mel itu kepada anda.

Jika semakan staf tidak menemui apa-apa, admin Google Workspace boleh mencari e-mel itu dalam Admin console.

  1. Log masuk ke admin.google.com, kemudian pergi ke Menu → Reporting → Email Log Search. Anda memerlukan peranan super admin atau keizinan Gmail Settings admin untuk melihat menu ini.

    Menu Admin console dengan Reporting dibuka dan Email Log Search ditanda

  2. Cari mengikut tarikh, pengirim atau penerima. Hasil carian menunjukkan sama ada e-mel itu telah sampai ke peti mel, ditandakan sebagai spam atau dipadam. Carian ini merangkumi lebih kurang 30 hari yang lalu.

    Email Log Search dengan julat tarikh, pengirim dan penerima diisi

  3. Jika e-mel itu dihantar ke e-mel kumpulan (group email), buka kumpulan itu dalam Google Groups, kemudian semak Pending di bawah Conversations. Tetapan penyederhanaan (moderation) boleh menahan e-mel di situ. Lihat Alamat e-mel kumpulan.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324. Sertakan pengirim, penerima, masa e-mel dihantar dan mesej bounce, jika ada.

Isu-isu biasa

Seseorang memberitahu saya bahawa dia telah menghantar e-mel, tetapi saya tidak dapat menemuinya. Di manakah saya perlu mencarinya?

Cari dalam Gmail dan pilih Mail & Spam & Trash sebagai lokasi carian, kemudian semak All Mail. Filter mungkin telah mengarkibkan atau memadam e-mel itu.

Kenapa tiada e-mel yang sampai kepada saya sejak semalam?

Storage anda mungkin penuh. Apabila storage penuh, e-mel yang dihantar kepada anda dikembalikan kepada pengirim. Lihat Storage Google Workspace penuh.

Boleh admin saya menyemak sama ada e-mel telah sampai ke syarikat kami?

Ya. Admin boleh menggunakan Reporting → Email Log Search dalam Admin console untuk menjejak e-mel dalam tempoh 30 hari yang lalu.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.