Langkau ke kandungan

Cipta shared inbox seperti info@ dalam Google Workspace

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Cipta shared inbox seperti info@ (0:22)

Google Group memberi pasukan anda alamat bersama seperti info@ atau support@ tanpa menggunakan lesen pengguna Workspace. Collaborative Inbox dalam Google Group membolehkan staf melihat, membalas dan menugaskan e-mel pelanggan kepada rakan sekerja tanpa berkongsi password.

Anda memerlukan akaun admin Google Workspace. Kumpulan tidak menggunakan lesen pengguna.

  1. Log masuk ke admin.google.com sebagai admin, kemudian pergi ke Directory → Groups → Create group.

    Page Groups dengan pautan Create group

  2. Masukkan Group name, Group email, contohnya info@syarikatanda.com, dan penerangan jika perlu.

    Borang Create group dengan contoh nama, emel group dan penerangan

  3. Tambah Group owner(s) jika perlu, kemudian klik Next. Pada page Group settings, pilih jenis akses seperti Team, kemudian klik Create Group di bahagian bawah.

    Group settings dengan jenis akses Team dipilih

    Bahagian bawah Group settings dengan butang Create Group

Kumpulan itu boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk dipaparkan dalam direktori kumpulan.

Secara default, hanya orang dalam organisasi anda boleh menghantar e-mel ke kumpulan itu:

  1. Dalam Admin console, pergi ke Apps → Google Workspace → Groups for Business → Sharing settings, kemudian on-kan Group owners can allow incoming email from outside the organization.

    Sharing settings Groups for Business dengan pilihan emel masuk dari luar organisasi

  2. Di groups.google.com, buka kumpulan itu, klik Group settings → Posting policies → Who can post, kemudian pilih tetapan yang merangkumi orang di luar organisasi anda.

Di groups.google.com, buka kumpulan itu, klik Group settings → Enable additional Google Groups features, pilih Collaborative Inbox, kemudian klik Save changes. Pastikan sejarah perbualan di-on-kan. Ahli memerlukan keizinan Who can moderate metadata untuk mengklik Take atau Assign. Untuk membalas sebagai info@, tambah info@ sebagai alias di bawah Send mail as. Jika reply masuk ke folder spam pelanggan, lihat E-mel Google Workspace masuk ke folder spam.

Dalam Admin console, buka Directory → Groups, klik nama kumpulan, kemudian Members → Add members, pilih staf dan klik Add To Group. Setiap staf memerlukan akaun sendiri. Lihat Tambah staf baru ke Google Workspace. Buang ahli dengan cara yang sama.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Adakah shared inbox menggunakan lesen Google Workspace?

Tidak. Google Group tidak menggunakan lesen pengguna Workspace, tetapi setiap orang yang membaca atau membalas e-mel yang dihantar ke kumpulan itu masih memerlukan akaun Workspace sendiri. Lihat Tambah staf baru ke Google Workspace.

Boleh pelanggan dari luar syarikat kami menghantar e-mel ke kumpulan itu?

Boleh, tetapi dua tetapan perlu di-on-kan dahulu. Admin on-kan Group owners can allow incoming email from outside the organization dalam Admin console, kemudian pemilik kumpulan menetapkan Who can post supaya merangkumi orang di luar organisasi.

Bagaimanakah staf membalas sebagai info@, bukan dengan alamat mereka sendiri?

Tambah info@ sebagai alias di bawah Send mail as dalam Gmail setiap staf, supaya reply mereka boleh memaparkan alamat kumpulan itu.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.