Langkau ke kandungan

Sediakan e-mel Google Workspace dalam Outlook

Dikemas kini Untuk Google Workspace

On-kan IMAP untuk Outlook (0:22)

Untuk menggunakan e-mel Google Workspace dalam Outlook, tambah akaun anda dalam versi Outlook yang terkini, kemudian log masuk melalui tetingkap Google yang dibuka oleh Outlook. Anda tidak perlu menaip sebarang tetapan server.

Kaedah ini berfungsi dalam Outlook for Microsoft 365, Outlook 2016 dan versi selepasnya, new Outlook for Windows dan Outlook for Mac.

  1. Dalam Outlook klasik untuk Windows, pilih File → Add Account. Dalam Outlook baru atau Outlook for Mac, buka tetapan akaun anda, kemudian tambah akaun baru.
  2. Masukkan alamat e-mel kerja penuh anda, kemudian pilih Connect (atau Continue dalam Outlook baru).
  3. Tetingkap log masuk Google akan dibuka. Masukkan password anda dan lengkapkan langkah pengesahan dua langkah (2-Step Verification) jika diminta. Jika Outlook klasik memaparkan IMAP Account Settings atau meminta password dalam tetingkapnya sendiri, ini bermakna Outlook tidak mengenal pasti akaun anda sebagai akaun Google. Tutup tetingkap itu dan gunakan Google Workspace Sync.
  4. Luluskan permintaan untuk membenarkan Outlook mengakses e-mel anda.

Makluman “new sign-in” daripada Google ialah perkara biasa. Jika password anda tidak diterima, semak dahulu sama ada anda boleh log masuk ke Gmail dalam browser.

Outlook klasik dengan Google Workspace Sync

Section titled “Outlook klasik dengan Google Workspace Sync”

Google Workspace Sync for Microsoft Outlook (GWSMO) ialah alat percuma daripada Google untuk Outlook klasik di Windows. Ia log masuk dengan Google dan sync e-mel, kalendar dan kenalan anda. Ia juga mencipta profil Outlook yang berasingan untuk akaun Google Workspace anda.

  1. Tutup Outlook. Pergi ke page muat turun Google dan klik Download GWSMO.

    Page muat turun Google Workspace Sync dengan pautan Download GWSMO ditanda

  2. Buka fail yang dimuat turun (googleappssyncsetup.exe) dan tunggu sehingga selesai di-install.

  3. Jika tetingkap log masuk tidak dibuka sendiri, buka Start, cari Google Workspace Sync dan buka Set up a Google Workspace Sync user.

    Carian menu Start yang menunjukkan Set up a Google Workspace Sync user

  4. Masukkan alamat e-mel kerja anda dan klik Continue.

    Tetingkap Please sign-in to Google Workspace Sync dengan butang Continue ditanda

  5. Browser anda membuka page log masuk Google. Pilih akaun anda, masukkan password dan lengkapkan langkah pengesahan dua langkah (2-Step Verification) jika diminta.

  6. Di page Sign in to Google Workspace Sync for Microsoft Outlook®, klik Continue.

    Page log masuk Google untuk Google Workspace Sync dengan butang Continue ditanda

  7. Baca akses yang diminta oleh aplikasi, kemudian skrol ke bawah dan klik Allow. Apabila page itu memaparkan Authorization has been granted successfully, tutup tab browser tersebut.

    Permintaan akses Google untuk Google Workspace Sync dengan butang Allow ditanda

  8. Dalam tetingkap Set Up Google Workspace Sync for Microsoft Outlook®, klik Create profile. Biarkan Import data from an existing profile tidak bertanda, kecuali anda mahu copy e-mel daripada profil Outlook yang lama.

    Tetingkap Set Up Google Workspace Sync dengan butang Create profile ditanda

  9. Apabila anda melihat Google Workspace Sync setup is complete, klik Start Microsoft Outlook®.

    Tetingkap Google Workspace Sync setup is complete dengan butang Start Microsoft Outlook ditanda

Outlook dibuka dengan akaun Google Workspace anda. Tetingkap Synchronization Status menunjukkan e-mel, kalendar dan kenalan anda sedang dimuat turun. Sync pertama mungkin mengambil masa jika anda mempunyai banyak e-mel.

Tetingkap Synchronization Status yang menunjukkan Google Contacts, Google Calendar dan Google Mail sedang di-sync

Outlook yang lebih lama daripada versi 2016 tidak boleh menggunakan log masuk Google. Pilih persediaan IMAP secara manual dan masukkan:

  • Server masuk: imap.gmail.com, port 993, SSL
  • Server keluar: smtp.gmail.com, port 587 (TLS) atau 465 (SSL), dengan My outgoing server (SMTP) requires authentication ditandakan
  • Nama pengguna: alamat e-mel penuh anda

Untuk password, anda perlu on-kan pengesahan dua langkah dan menggunakan App Password. Jika admin anda hanya membenarkan log masuk Google, kaedah ini tidak akan berfungsi.

Jika Outlook berhenti memaparkan e-mel baru, ikut semakan ini satu demi satu.

  • Kemas kini Outlook kepada versi terkini.

  • Jika e-mel juga tiada dalam Gmail, lihat e-mel tidak sampai ke Gmail.

  • Buang akaun itu, kemudian tambah akaun itu semula, terutamanya selepas anda menukar password.

  • Admin: dalam Admin console, pergi ke Apps → Google Workspace → Gmail → End User Access dan pastikan IMAP di-on-kan.

    Tetapan End User Access Gmail dengan POP and IMAP access

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Outlook terus meminta password saya dan menolaknya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Google Workspace tidak lagi menerima nama pengguna dan password biasa daripada Outlook. Kemas kini Outlook, buang akaun itu, kemudian tambah akaun itu semula dan log masuk melalui tetingkap log masuk Google.

Apakah tetapan server yang perlu saya gunakan untuk Google Workspace dalam Outlook?

Hanya versi Outlook yang lebih lama memerlukannya: server masuk imap.gmail.com port 993 (SSL), server keluar smtp.gmail.com port 587 (TLS) atau 465 (SSL). Gunakan alamat e-mel penuh anda sebagai nama pengguna.

Kenapa saya menerima ralat "Too many simultaneous connections"?

Satu akaun boleh di-sync dengan sehingga 15 aplikasi e-mel pada satu masa. Log keluar daripada aplikasi dan peranti yang tidak lagi anda gunakan.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.