Cipta & bentangkan Google Slides dengan presenter view
Google Slides ialah aplikasi persembahan yang berjalan dalam browser anda. Anda boleh membina slaid bersama pasukan dan membentangkannya terus dari browser.
Cipta persembahan
Section titled “Cipta persembahan”Mulakan persembahan baru dari skrin utama Slides atau dari Google Drive.
- Pergi ke slides.google.com dan klik persembahan kosong di bawah Start a new presentation. Dalam Google Drive, anda juga boleh klik New > Google Slides.
- Jika panel dengan idea dan template terbuka, pilih satu atau klik Blank slide.
- Klik Untitled presentation di bahagian atas sebelah kiri, taip nama dan tekan Enter.
- Klik New slide pada toolbar (atau tekan Ctrl + M) untuk menambah slaid.
Gunakan Slide > Change theme untuk memberi fon dan warna yang sama kepada semua slaid. Untuk berkongsi fail itu dengan rakan sekerja, klik Share, sama seperti dalam Google Docs.
Tambah speaker notes
Section titled “Tambah speaker notes”Speaker notes ialah peringatan yang hanya anda nampak semasa membentang.
- Klik slaid yang anda mahu tambah nota.
- Klik dalam kotak di bawah slaid yang tertulis Click to add speaker notes.
- Taip nota anda.
Bentang dalam skrin penuh
Section titled “Bentang dalam skrin penuh”Gunakan cara ini apabila anda tidak perlukan nota di skrin.
- Klik Slideshow di bahagian atas sebelah kanan. Slaid memenuhi skrin, bermula dari slaid semasa.
- Gunakan kekunci anak panah, atau klik anak panah di bahagian bawah, untuk bertukar slaid.
- Tekan Esc untuk berhenti membentang.
Untuk bermula dari slaid pertama, klik anak panah ke bawah di sebelah Slideshow dan pilih Start from beginning, atau tekan Ctrl + Shift + F5.
Bentang dengan presenter view
Section titled “Bentang dengan presenter view”Presenter view menunjukkan nota anda dan pemasa dalam tetingkap berasingan, manakala penonton hanya nampak slaid.
- Klik anak panah ke bawah di sebelah Slideshow.
- Pilih Presenter view.
- Tetingkap kedua terbuka dengan pemasa dan nota anda pada tab SPEAKER NOTES. Gunakan Pause dan Reset untuk mengawal pemasa.
- Alihkan slideshow ke projektor atau skrin yang dikongsi, dan kekalkan tetingkap nota di skrin anda sendiri.
- Tekan Esc dalam slideshow untuk selesai.
Jika anda menggunakan dua monitor dalam Google Chrome, klik anak panah ke bawah di sebelah Slideshow, kemudian Presentation display options untuk memilih skrin yang memaparkan slaid.
Shortcut papan kekunci semasa membentang
Section titled “Shortcut papan kekunci semasa membentang”Kekunci ini berfungsi semasa slideshow pada Windows dan Chrome.
- S: buka speaker notes.
- L: on-kan atau off-kan penunjuk laser.
- B atau W: paparkan skrin hitam atau putih. Tekan mana-mana kekunci untuk kembali.
- Nombor slaid, kemudian Enter: terus ke slaid itu.
- Home atau End: pergi ke slaid pertama atau terakhir.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Penonton boleh nampak speaker notes saya. Bagaimana saya sembunyikannya?
Gunakan presenter view, yang membuka nota anda dalam tetingkap berasingan. Jika anda ada satu skrin sahaja, kongsi tab slideshow sahaja dalam Meet, bukan seluruh skrin anda. Jika anda menggunakan projektor atau monitor kedua, alihkan tetingkap nota ke skrin laptop anda sendiri.
Bagaimana saya bentangkan Google Slides dalam panggilan Google Meet?
Kongsi tab yang memaparkan slideshow anda menggunakan Share screen dalam Meet. Lihat kongsi skrin dalam Google Meet untuk langkah-langkahnya.
Boleh saya membentang tanpa internet?
Hanya jika anda sediakan akses offline sebelum sambungan terputus. Buka fail itu dan klik File > Make available offline semasa anda masih online.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
