Langkau ke kandungan

Buka fail Excel dalam Google Sheets & simpan sebagai .xlsx

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Buka fail Excel dalam Google Sheets (0:30)

Anda boleh membuka, mengedit dan berkongsi fail Excel dalam Google Sheets tanpa install Excel. Apabila selesai, muat turun mana-mana spreadsheet sebagai fail Excel.

Muat naik fail itu ke Google Drive dahulu. Lihat muat naik fail dan susun folder dalam Google Drive jika anda perlukan bantuan.

  1. Dalam Google Drive, klik dua kali pada fail Excel itu.

    Fail Excel ditanda dalam senarai My Drive

  2. Fail itu dibuka dalam Google Sheets dengan lencana .XLSX di sebelah namanya. Ini bermakna fail itu masih fail Excel.

    Lencana XLSX di sebelah nama fail dalam Google Sheets

  3. Edit seperti biasa. Perubahan disimpan dalam format Excel.

Penukaran ini mencipta salinan Google Sheets yang berasingan dan mengekalkan fail Excel asal seperti sedia ada.

  1. Buka fail Excel itu dalam Google Sheets.

  2. Klik File → Save as Google Sheets.

    Menu File dengan Save as Google Sheets ditanda

  3. Google Sheets membuat salinan dalam format Google Sheets dan membukanya. Gunakan salinan ini mulai sekarang.

    Salinan Google Sheets tanpa lencana XLSX

Sesetengah perkara tidak dibawa bersama. Makro tidak berjalan, link ke workbook Excel lain berhenti berfungsi, dan sel Excel yang dikunci atau disembunyikan menjadi boleh diedit.

Gunakan Import untuk membawa fail Excel atau CSV ke dalam spreadsheet yang anda sudah ada, contohnya penyata bank atau eksport jualan.

  1. Buka Google Sheet yang anda mahu masukkan data itu.

  2. Klik File → Import, kemudian muat naik atau pilih fail itu.

    Menu File dengan Import ditanda

    Tetingkap Import file dengan tab Upload dan fail untuk dipilih

  3. Pilih tempat data itu diletakkan:

    • Create new spreadsheet
    • Insert new sheets
    • Replace spreadsheet
    • Replace current sheet
    • Append rows to current sheet
    • Replace data starting at selected cell

    Senarai Import location dengan enam pilihan

  4. Untuk fail CSV atau teks, biarkan Separator character pada Detect automatically kecuali lajur-lajurnya keluar salah.

  5. Klik Import.

    Kotak Import file dengan butang Import data

Muat turun salinan apabila seseorang memerlukan fail itu dalam format Excel.

  1. Buka spreadsheet itu.

  2. Klik File → Download.

  3. Pilih Microsoft Excel (.xlsx). Anda juga boleh pilih PDF (.pdf) atau Comma Separated Values (.csv).

    File → Download dengan Microsoft Excel (.xlsx) ditanda

Fail itu dimuat turun ke komputer anda. Salinan dalam Drive tidak berubah.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa makro Excel saya tidak berfungsi?

Google Sheets tidak menjalankan makro Excel (VBA). Teruskan menggunakan Excel untuk fail yang bergantung pada makro, atau minta orang IT anda membina semula makro itu dalam Google Apps Script.

Kenapa sel yang dikunci dalam fail Excel saya boleh diedit dalam Sheets?

Perlindungan sheet dan workbook Excel tidak dibawa bersama. Selepas menukar fail itu, tetapkan semula perlindungan dengan Data → Protect sheets and ranges. Lihat lindungi sel dalam Google Sheets.

Menu Data dengan Protect sheets and ranges ditanda
Patut saya kekalkan fail itu sebagai Excel atau tukar kepada Google Sheets?

Kekalkan sebagai Excel jika anda selalu menghantar fail itu ke sana ke mari dengan orang yang menggunakan Excel. Tukar fail itu jika pasukan anda akan mengerjakannya dalam Google Sheets, kerana julat dilindungi, Gemini dan beberapa ciri lain hanya berfungsi pada fail Google Sheets.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.