Langkau ke kandungan

Cipta Google Form, tambah soalan & kumpul alamat e-mel

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Cipta Google Form (0:50)

Dengan Google Forms, anda boleh membina borang tinjauan, borang pesanan, pendaftaran acara dan borang maklum balas, kemudian mengumpul semua jawapan di satu tempat. Borang itu disimpan dalam Google Drive anda.

Mulakan dengan borang kosong dan beri tajuk yang jelas.

  1. Pergi ke forms.google.com dan klik Blank form. Dalam Google Drive, anda juga boleh klik New → Google Forms.

    Page utama Forms dengan Blank form ditanda

  2. Jika panel Gemini menawarkan untuk mencipta borang untuk anda, tutup panel itu untuk bermula dari kosong.

    Panel Gemini dengan butang tutup ditanda

  3. Klik Untitled form dan taip tajuk, contohnya “Maklum balas pelanggan”.

    Tajuk borang dengan contoh tajuk

  4. Klik Form description dan tambah penerangan ringkas untuk orang yang mengisi borang itu.

    Form description dengan contoh penerangan ringkas

Setiap soalan ada jenisnya sendiri, yang menentukan cara orang menjawab.

  1. Klik Untitled Question dan taip soalan anda.

    Kotak soalan dengan contoh soalan

  2. Klik senarai jenis soalan di sebelah kanan dan pilih satu jenis.

    Senarai jenis soalan

  3. Tambah pilihan jawapan jika jenis itu memerlukannya.

    Pilihan jawapan Multiple choice

  4. On-kan Required di bahagian bawah jika soalan itu wajib dijawab.

    Suis Required di bahagian bawah soalan

  5. Klik Add question (ikon tambah di sebelah kanan) untuk soalan seterusnya.

    Ikon tambah Add question di sebelah kanan

Ini jenis soalan yang paling berguna untuk perniagaan:

  • Short answer: nama, nombor telefon atau nombor pesanan.
  • Paragraph: komen atau aduan yang lebih panjang.
  • Multiple choice: pilih satu jawapan, contohnya cawangan atau saiz.
  • Checkboxes: pilih beberapa jawapan, contohnya produk yang seseorang berminat.
  • Dropdown: pilih satu daripada senarai panjang, contohnya negeri.
  • File upload: lampirkan resit atau dokumen. Responden perlu log masuk ke Google Account.
  • Linear scale atau Rating: markah, contohnya 1 hingga 5 bintang.
  • Date dan Time: slot temujanji atau penghantaran.

Dengan merekod alamat e-mel, anda boleh membalas orang yang menjawab dan menghalang jawapan tanpa nama.

  1. Klik tab Settings di bahagian atas.

    Tab Settings di bahagian atas borang

  2. Klik Responses untuk membuka bahagian itu.

    Bahagian Responses dalam Settings

  3. Di bawah Collect email addresses, pilih satu pilihan:

    • Verified: orang perlu log masuk ke Google Account, dan e-mel akaun mereka direkodkan.
    • Responder input: orang menaip alamat e-mel mereka sendiri. Paling sesuai untuk pelanggan yang mungkin tidak menggunakan Google.
    • Do not collect: borang itu kekal tanpa nama.

    Senarai Collect email addresses dengan Do not collect, Verified dan Responder input

  4. Jika mahu, tetapkan Send responders a copy of their response kepada When requested atau Always.

    Send responders a copy of their response dengan When requested dan Always

Dalam bahagian yang sama, Limit to 1 response menghalang orang daripada menjawab dua kali. Pilihan ini memerlukan responden log masuk ke Google Account.

Orang hanya boleh menjawab selepas anda menerbitkan borang itu.

  1. Klik Publish di bahagian atas sebelah kanan.

    Butang Publish dan ikon mata Preview

  2. Di bawah Responders, semak siapa yang boleh menjawab. Borang baru ditetapkan kepada Anyone with the link, jadi pelanggan dan pembekal boleh menjawab. Jika hanya rakan sekerja anda yang patut menjawab, klik Restrict to yang diikuti nama syarikat anda, atau klik Manage untuk menukarnya.

    Kotak Publish form dengan tetapan Responders dan Manage

  3. Klik Publish.

  4. Klik Copy responder link di bahagian atas dan paste link itu dalam e-mel, mesej WhatsApp atau laman web anda.

    Butang Copy responder link di bahagian atas

Sebelum menerbitkan, klik Preview (ikon mata) untuk mencuba borang itu sendiri. Untuk melihat jawapan, pergi ke lihat respons Google Forms.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa pelanggan di luar syarikat saya tidak dapat membuka borang itu?

Borang itu mungkin dihadkan kepada organisasi anda sahaja. Klik Published, kemudian Manage di bawah Responders, dan tukar akses kepada Anyone with the link. Jika pilihan itu tiada, admin anda telah menyekat perkongsian di luar syarikat.

Kenapa saya tidak dapat menambah soalan File upload?

File upload tidak berfungsi jika borang itu disimpan dalam shared drive, atau jika admin anda telah on-kan peraturan perlindungan data tertentu. Responden juga perlu log masuk ke Google Account untuk memuat naik fail, jadi soalan ini kurang sesuai untuk pelanggan yang tiada akaun Google.

Boleh saya edit borang selepas orang mula menjawab?

Boleh. Perubahan digunakan untuk respons baru. Elakkan memadam atau menukar nama soalan yang sudah ada jawapan, kerana keputusannya akan jadi lebih sukar dibaca.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.