Langkau ke kandungan

Nota dalam Google Keep & senarai tugasan dalam Google Tasks

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Nota dalam Keep & tugasan dalam Tasks (0:47)

Google Keep untuk nota ringkas dan senarai semak. Google Tasks untuk tugasan yang ada tarikh akhir. Kedua-duanya sudah ada dalam Gmail, Calendar, Drive dan Docs, jadi anda tidak perlu bertukar tab.

Nota disimpan semasa anda menaip dan dipaparkan pada semua peranti anda.

  1. Pergi ke keep.google.com.

  2. Klik Take a note di bahagian atas.

    Kotak Take a note di bahagian atas Google Keep

  3. Taip tajuk dan nota anda.

    Contoh tajuk dan nota ditaip

  4. Klik Done.

    Butang Close di bahagian bawah nota

Untuk membuat senarai semak, klik New list di bahagian atas, tambah item anda dan klik Close. Tandakan item apabila anda selesai.

Ikon New list dalam kotak Take a note

Nota Keep boleh mengingatkan anda pada masa yang ditetapkan atau dikongsi dengan rakan sekerja.

Loceng Remind me dan ikon Collaborator di bahagian bawah nota

  • Remind me: klik ikon loceng di bahagian bawah nota, pilih tarikh dan masa, kemudian klik Save. Peringatan itu juga dipaparkan dalam Google Tasks dan Calendar.
  • Collaborator: klik ikon orang di bahagian bawah nota, taip nama atau alamat e-mel rakan sekerja, pilih orang itu dan klik Done, kemudian Save. Mereka juga boleh edit nota itu.

Untuk memastikan nota anda kemas, gunakan label dan warna, pin nota penting di bahagian atas, dan arkibkan nota yang anda tidak perlukan lagi.

Tugasan yang ada tarikh dipaparkan dalam Google Calendar, jadi anda nampak tugasan itu di sebelah mesyuarat anda.

  1. Buka Google Calendar.

  2. Klik Create di bahagian atas sebelah kiri, kemudian Task.

    Menu Create dalam Google Calendar dengan Task ditanda

  3. Taip tajuk, dan tetapkan tarikh, masa atau tarikh akhir jika perlu.

    Tajuk tugasan dengan tarikh, masa dan Add deadline

  4. Klik Save.

    Kotak tugasan dengan butang Save

Untuk melihat semua tugasan anda, klik ikon Tasks dalam panel sisi di sebelah kanan. Untuk menandakan tugasan sebagai selesai, klik bulatan (Complete) di sebelahnya.

Panel sisi Tasks dengan bulatan Complete di sebelah tugasan

Panel sisi di sebelah kanan Gmail, Calendar, Chat, Drive, Docs, Sheets dan Slides membuka Keep dan Tasks di sebelah kerja anda.

  1. Cari ikon di tepi kanan skrin. Jika anda tidak nampak ikon itu, klik Show side panel di bahagian bawah sebelah kanan.

    Ikon Keep dan Tasks di tepi kanan dan anak panah panel sisi di bahagian bawah kanan

  2. Klik Keep untuk menulis nota, atau Tasks untuk menambah tugasan.

  3. Dalam Tasks, klik Add a task dan taip tugasan itu.

    Add a task dalam panel sisi Tasks

  4. Klik Close untuk menyembunyikan panel.

    Butang Close di bahagian atas panel sisi Tasks

Apabila anda menukar mesej kepada tugasan, tugasan itu menyimpan link kembali kepada mesej itu, jadi anda boleh mencari butirannya kemudian.

  • Gmail: buka e-mel itu dan klik Add to Tasks di bahagian atas. Jika anda tidak nampak butang itu, klik tiga titik (More) dahulu. Anda juga boleh seret e-mel ke dalam panel sisi Tasks.

    Butang Add to Tasks di bahagian atas e-mel yang dibuka dalam Gmail

  • Google Chat: dalam direct message, letak tetikus pada mesej, klik tiga titik (More actions), kemudian Add to Tasks.

  • Chat spaces: dalam space, letak tetikus pada mesej, klik tiga titik (More actions), kemudian Create space task. Anda juga boleh membuka tab Tasks dalam space untuk mencipta tugasan dan memberikannya kepada ahli. Lihat space Google Chat.

    Tab Tasks dalam space Chat dengan Add task to space

  • Google Docs: taip @task dalam dokumen untuk memberikan tugasan kepada diri sendiri atau rakan sekerja. Ciri ini bergantung pada pelan anda. Lihat pelan kami.

Dalam Google Docs atau Slides, anda juga boleh pilih teks, klik kanan dan pilih Save to Keep.

Menu klik kanan dalam Google Docs dengan Save to Keep ditanda

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Patut saya guna Keep atau Tasks?

Guna Keep untuk nota, idea, senarai semak dan apa-apa yang anda mahu kongsi dengan rakan sekerja. Guna Tasks untuk tugasan yang ada tarikh akhir, kerana tugasan bertarikh dipaparkan dalam Google Calendar anda dan mengingatkan anda.

Kenapa saya tidak nampak Keep atau Tasks?

Admin anda mengawal akses kepada Keep dan Tasks untuk akaun kerja. Jika kedua-duanya tiada dalam panel sisi dan senarai aplikasi, minta admin Google Workspace anda on-kan untuk anda.

Jika saya padam nota Keep yang dikongsi, adakah nota itu hilang untuk semua orang?

Ya, jika anda pemiliknya. Jika anda memadam nota kongsi milik anda, nota itu dipadam untuk semua orang yang anda kongsi dengannya.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.