Sediakan signature Gmail & out-of-office reply
Tetapkan signature dan out-of-office reply anda di tempat yang sama: Gmail Settings → See all settings → General, di komputer anda.
Cipta signature dengan logo
Section titled “Cipta signature dengan logo”Buat langkah ini di komputer, dan sediakan logo syarikat anda sebagai fail gambar.
-
Klik ikon gear, kemudian See all settings.

-
Pada tab General, tatal ke bahagian Signature.

-
Klik Create new, namakan signature itu, kemudian taip teks signature anda.

-
Guna bar alat format untuk memasukkan logo syarikat anda.
-
Guna menu lungsur (dropdown) FOR NEW EMAILS USE dan ON REPLY/FORWARD USE untuk menetapkan signature ini sebagai default.
-
Klik Save Changes.
Menghantar e-mel menggunakan lebih daripada satu alamat? Tambah alias itu dahulu di bawah Accounts → Send mail as. Kemudian pilih alias itu daripada menu lungsur alamat di bawah Signature defaults, di bawah kotak signature, untuk memberikan signature tersendiri kepadanya.
On-kan out-of-office reply
Section titled “On-kan out-of-office reply”Tetapkan out-of-office reply sebelum anda bercuti, supaya orang yang menghantar e-mel kepada anda tahu bila anda akan kembali.
-
Pada tab General yang sama, tatal ke Vacation responder.
-
Pilih Vacation responder on.
-
Tetapkan tarikh mula, dan tarikh tamat jika anda sudah tahu.
-
Isikan Subject dan Message.
-
Jika perlu, hadkan reply kepada orang dalam senarai kenalan anda sahaja.
-
Klik Save Changes.

Contoh mesej: “Terima kasih atas e-mel anda. Saya bercuti dari [tarikh] hingga [tarikh] dan akan membalas e-mel anda selepas saya kembali. Untuk perkara segera, hubungi [nama/e-mel].”
Di telefon anda
Section titled “Di telefon anda”Aplikasi Gmail mempunyai signature dan out-of-office reply tersendiri. Tetapkan kedua-duanya secara berasingan:
-
Android: Ikon menu → Settings → akaun anda → Mobile signature atau Vacation responder.

-
iPhone: Ikon menu → Settings → akaun anda → Compose and Reply → Signature settings (on-kan Mobile Signature) atau Vacation responder.
Jika Gmail belum ada di telefon anda, lihat Tambah Gmail kerja anda ke telefon iPhone atau Android. Menggunakan Office Niaga Mail dan bukan Gmail? Lihat tambah signature e-mel dalam webmail.
Masih ada masalah?
Section titled “Masih ada masalah?”Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.
Isu-isu biasa
Boleh saya guna signature yang berbeza untuk setiap alias e-mel?
Ya, selepas anda menambah alias itu di bawah Send mail as. Dalam Settings → See all settings → General, menu lungsur (dropdown) alamat di bawah Signature defaults, di bawah kotak signature, membolehkan anda memilih alias itu dan memberikan signature tersendiri kepadanya. Menu ini hanya dipaparkan apabila anda ada dua atau lebih alamat Send mail as.

Kenapa telefon saya menggunakan signature yang berbeza daripada komputer saya?
Aplikasi Gmail mempunyai signature mudah alih tersendiri, berasingan daripada signature yang anda tetapkan di komputer. Jika anda tidak pernah menetapkan signature dalam aplikasi itu, aplikasi akan menggunakan signature komputer anda. Jika Gmail belum ada di telefon anda, lihat Tambah Gmail kerja anda ke telefon iPhone atau Android.
Adakah out-of-office reply dihantar kepada setiap e-mel yang masuk?
Biasanya sekali untuk setiap pengirim. Orang yang sama akan menerimanya sekali lagi jika mereka menghantar e-mel selepas empat hari dan out-of-office reply masih di-on-kan, atau selepas anda mengubah reply itu. Gmail tidak membalas e-mel yang masuk ke folder spam atau yang dihantar ke mailing list.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
