Langkau ke kandungan

Tukar nama pengguna Google Workspace atau tambah alias e-mel

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Tambah alias e-mel (0:22)

Alias e-mel ialah alamat tambahan, seperti sales@syarikatanda.com, yang menyalurkan e-mel ke inbox pengguna sedia ada. Anda boleh menambah sehingga 30 alias bagi setiap pengguna secara percuma.

Anda memerlukan akaun admin Google Workspace. E-mel ke alias masuk ke inbox sedia ada pengguna itu.

  1. Log masuk ke Admin console.

  2. Pergi ke Menu → Directory → Users, kemudian klik nama pengguna itu.

    Senarai Users dengan nama seorang staf ditanda

  3. Klik Add Alternate Emails.

    Page pengguna dengan Add alternate emails ditanda

  4. Klik Alternate email, kemudian taip bahagian sebelum @. Jika anda mempunyai lebih daripada satu domain, pilih domain yang betul.

  5. Klik Save. Alias itu boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk berfungsi.

    Ruangan Alternate email dengan contoh alias dan butang Save

Gunakan cara ini apabila nama atau alamat staf berubah. Anda memerlukan akaun admin Google Workspace.

  1. Dalam Directory → Users, letakkan penuding tetikus pada pengguna itu, kemudian klik Rename user di sebelah kanan.

    Senarai Users dengan Rename user pada baris seorang staf

  2. Di bawah Primary email, masukkan alamat baru.

  3. Klik Update user.

    Kotak Update user dengan primary email baru dan butang Update user

Alamat lama menjadi alias, jadi tiada e-mel yang hilang. E-mel dan fail kekal, tetapi pengguna itu kini log masuk dengan alamat baru. Mereka juga perlu mengemas kini signature e-mel supaya signature itu memaparkan alamat baru. Jika pengguna itu sudah mempunyai 30 alias, padam satu alias dahulu sebelum anda menukar namanya.

Pengguna melakukan langkah ini dalam Gmail mereka sendiri, di komputer, selepas alias itu berfungsi.

  1. Dalam Gmail, klik Settings → See all settings.

  2. Buka tab Accounts (atau Accounts and import).

    Tab Accounts Gmail dengan Send mail as dan Add another email address

  3. Di bawah Send mail as, klik Add another email address, masukkan alias itu dan ikut arahan di skrin.

    Tetingkap Add another email address dengan contoh alias dan butang Next Step

  4. Untuk menghantar e-mel daripada alias itu secara default, klik make default di sebelah alias itu. Link ini hanya dipaparkan apabila anda mempunyai lebih daripada satu alamat di bawah Send mail as.

Pilih pilihan yang sepadan dengan cara alamat itu akan digunakan.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Boleh staf log masuk dengan alias seperti sales@?

Tidak. Alias bukan Google Account, jadi alias tidak boleh log masuk atau membuka Drive. Pengguna log masuk dengan alamat utama mereka dan menerima e-mel alias dalam inbox yang sama.

Kenapa pengguna yang saya tukar namanya tidak dapat log masuk dengan alamat lama?

Selepas nama ditukar, pengguna mesti log masuk dengan alamat baru. E-mel ke alamat lama masih sampai, kerana alamat itu menjadi alias.

Adakah alias memerlukan lesen sendiri?

Tidak. Setiap pengguna boleh mempunyai sehingga 30 alias secara percuma. Hanya akaun pengguna baru memerlukan lesen daripada Office Niaga.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.